Friday, December 23, 2011

Air Tangan Lebih Kotor Dari Air Kencing Anjing Hitam

Semalam balik keje terus masakkan dinner utk encek somi.
B4 masak solat dlu..sbb tingat satu kisah.
Nak share gn sume..

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa. 


Tu diaa..betapa kotornya air tangan orang yang tak solat.
Lebih kotor dari air kencing anjing hitam.

Tetiba tingat pulak kalo makan kat luar.
Solat ke makcik2, pakcik2, atatu brader2 tukang masak tu.
Kalo dah makan air tangan yang kotor, cane plak darah daging ni.
Lebih2 lagi kalo bagi anak2 makan.
Nau'zubillahi minzalik..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...