Thursday, December 29, 2011

Apa Yang Susah Bebenor Nak Dapat Kuarters Kat Putrajaya Ni?!?!

Orang sll kate..
"Beselah org gomen ble buat keje mmg lembab cam siput"

Dulu b4 aku masuk gomen mmg aku terpengaruh dgn cakap2 org.
Tapi ble aku dah masuk gomen baru aku taw kenapa dorg lambat.
Bukan lambat tapi teliti.
Bekerja utk satu jentera yang besar memacu negara, so kene lebih berhati-hati.
Once buat salah, mmg org akan hantam.
Lebih teruk dr org hantam sbb 'lembab'.
Gomen bukan setakat bekerja utk sebuah syarikat je.

Actly bukan sume sektor gomen tu lembab.
Ada je yg cepat tp org tanak puji pun.
Swasta pun ade jugak yg lembab tp org tanak caci pun.
Apa2pun..skrg ni aku nk mengadu psl sektor gomen yg lembab..

Dah cukup setahun aku apply kuarters kat Putrajaya ni.
Seingat aku lah,aku apply since b4 kawen lg.
Nak kata takde kuarters kosong, aku tgk melambak2 kuarters tak berpenghuni kat Putrajaya tu.

Dari bulan Januari sampai Mei aku dok hantar surat rayuan.
Konon kalo ade surat rayuan lebih cpt dapat.
Aku pun fax n sent banyak surat rayuan.
Macam2 alasan aku bagi..
Dan alasan aku bukan yg aku reka-reka..mmg hakikat..
Tapi jawapan nyee..

Jawapan dari Bahagian Pengurusan Harta (BPH)

Jangan kata aku tak bersabar!!
Aku sabar la ni.
Dah setahun kot..

Ingat gaji laki aku besar sangat nak bayar sewa umah RM600 tu??
RM600 maybe murah bg org yg gaji besar..
Tapi gaji laki aku taklah sebesar mane.
Dah tu umah sewanya sekangkang kera.
3 bilik 1 toilet, dapur pulak 2,3 langkah aku je.
Bocor lak sane cni..tiap kali ujan mesti carpet basah.
Ok yg ni bukan masalah BPH.

Apa yang buat aku lebih BENGANG..
kawan aku apply bulan JUN.
Maknanye 5 bulan LEWAT dari aku.
Tapi bulan Oktober die dah dapat kuarters dah.
ADIL ke?

Apa speselnye die?
Ke sebab ada 'orang dalam'?
Abes aku yang takde 'org dalam' ni cane?
Ogak-ogaklah..
jgnlah buat orang camtu..tak baik taw..
Masing-masing ada masalah sendiri.
Be fair lah..

Ni jawapan kepada aduan aku semalam.

Pasni aku nak tengok bape lama lagi aku kene tunggu??

Landasan Di Tengah-tengah Desa





HANOI - Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.

Ia dikenali sebagai Kham Thien.

Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.
Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.

Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. - Agensi

source :  click here

Wednesday, December 28, 2011

Qarin : Kembar Setiap Manusia

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Bese dengar tak cte-cte seram yang seumpama cte ni?
Bese kan..jgn terkejut kalo 1 day korang pun terkena.
Wuhuuu..aku tanak..

Sebenarnya makhluk yang mengganggu tu adlh Qarin.


Masa kecik-kecik dulu sll dgr ustaz or ustazah bercerite yang setan sll membisikkan kata-kata jahat utk mendorong kita melakukan dosa. Contoh macam dalam pic kat atas ni kan? Masa kecik-kecik maybe cte yang disampaikan lebih ringan dan mudah utk kita fahami. Tapi apa yang kita tak tahu?
Sebenarnya yang berbisik pada kte tu adlh QARIN.
Apa itu Qarin?
Dalam Bahasa Arab Qarin bermaksud sahabat atau peneman.
Qarin mengiringi manusia sewaktu dilahirkan.
Ada yang kata uri tu 'kawan' kite, Qarin kte. Yang tu aku taktaw la.

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai Qarin.
Qarin tu adalah kembar manusia.
Qarin kte sumenye kafir melainkan Qarin Rasulullah SAW sahaja yang Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Qarin ni selalu membisikkan kata-kata jahat kat tinge kte.
Kadang-kadang sampai menimbulkan rasa was-was.
Sebab tu kte akan rasa malas nk solat walaupun kte sedar berdosa.
Kadang-kadang kte was-was wuduk kte dah terbatal ke masa tgh solat.

Tapi Allah SWT Maha Adil.
Allah SWT mengutuskan malaikat utk membantu kte melawan bisikan Qarin.
Malaikatlah yang membisikkan kata-kata pematah usaha Qarin utk menyesatkan kte.
Cara nak melawan bisikan Qarin dengan membaca Bismillah di setiap awal aktiviti dan berzikir.

Karakter Mengikut Bulan Islam

Jom check karakter masing-masing mengikut bulan Islam.
Sebelum tu, check dulu date kita dilahirkan dalam bulan Islam.


HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat
dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat
rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan

Wordless Wednesday : I Just Love MUSIC.

Tuesday, December 27, 2011

Bila Bespren Aku Kawen Bespren Die...

Tahun lepas..lebih kurang 2 bulan lagi kitorg nak kawen,
aku gn hubby facing satu masalah percentaan.
bkn masalah kitorg,tp masalah orang.
Orang lain yang bercenta, tapi kitorg dah mcm kaunselor.
 
Anda bermasalah dalam percintaan?
Taip 'CHENTA' dan hantarkan ke Doktor Cinta.
Cam h#r#m kan?

Hubby dgn masalah housemate merangkap childhood fren nya.
Nama : Zul Zhafran (mmg nama sbnr)
Umur : 26 tahun
Masalah : Percintaan
Wahh..Zul yang aku kenal sbg manusia besor ragah dah kering kontang.
Sian die..mau tidak..bercenta bertahun2 (lagi lame dr aku gn laki aku)
Taw-taw dah breakk...sedeh kot..

Aku pulak dgn masalah colleague aku.
Nama : Noor Iwani (mmg nama sebenar)
Umur : 24 tahun
Masalah : Percintaan
Si wani ni mmg kuat nangis..
Gelak pun sampai nangis2..
Aku lak dok betul2 sebelah die, taw2 dah meraung.
Ibaratnye mcm aku yang jatuh longkang boleh gelak2,
tp die pulak sedeh smpai nangis2.
 
Korang penah terbaca tak kotak peti sejuk?
Ada sign gini..
~ FRAGILE, HANDLE WITH CARE ~
Haa..tu si Wani tulah..fragile!!

Aku tak tahan..ari2 musti mau nangis kene kencen gn boipren die.
Boipren die dlu Polis Hutan.
Hutan tak hutan, aku saaawwoonn kan aje.
Sawon tu sound taw sound!!

Oleh krn ari2 aku gn laki aku mase tu dok ngadu psl masalah kwn memasing,
kitorg pun decide utk kenalkan si Zul gn si Wani ni haaaa..
kitorg suh kawan je..bukan kawen..
tapi jodoh tu kan ketentuan Allah SWT..
 Wahh..tengok Zul ni..besoragah kate org Perak.

 Ni Wani..bkn peti sejuk!!

 Sampai skrg aku confuse nape laki aku gn Zul posing semacam giteww..

 Aku dah pesan kat Zul..kalo nak 'tikam' Wani..jgn tikam skrg!!

Abes madu sepah dibuang.okbai!!

Papepun Selamat Pengantin Baru buat Zul n Wani !!

Lawak Antara Benua : Hanjeng!!

Anniversary Di Kampar Yang Oldskewl

Alhamdulillah..24th Dec 2011..
Genap setahun kami jadi laki  bini.
Baby in womb dah 6 bulan ngam-ngam.
Tapi sayang..my hubby tgh bz..
Beselah keje ujung2 tahun ni..packed!!
So takdelah celebrate sgt..just makan-makan..

Ni celebrate in advance kat Restoran Mohd. Chan Abdullah (aku tersalah ckp Dollah Blacan)

Pizza saje..jadilah..

Pekan Kampar yang oldskewl..heaven kaww!!

~ Happy 1st Anniversary Hubby!! ~

Friday, December 23, 2011

Lawak Antara Benua : Tok Imam Hilang Selipar

Air Tangan Lebih Kotor Dari Air Kencing Anjing Hitam

Semalam balik keje terus masakkan dinner utk encek somi.
B4 masak solat dlu..sbb tingat satu kisah.
Nak share gn sume..

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa. 


Tu diaa..betapa kotornya air tangan orang yang tak solat.
Lebih kotor dari air kencing anjing hitam.

Tetiba tingat pulak kalo makan kat luar.
Solat ke makcik2, pakcik2, atatu brader2 tukang masak tu.
Kalo dah makan air tangan yang kotor, cane plak darah daging ni.
Lebih2 lagi kalo bagi anak2 makan.
Nau'zubillahi minzalik..



Thursday, December 22, 2011

Hujan Rahmat : Keluh-kesah Bila Hujan Turun.

Sepanjang hari ni, cuaca redup dan mendung je.
Rini aku g keje gn hubby sbb die shift pagi.
Kami breakfast sesame.
Selalunye kuar umah takdelah segelap pagi tadi.

"Dapat sambung tido syok woo.."

Sampai la skrg ni jam 4 ptg..still mendung..
Hujan tak lebat..tapi skali-skali renyai2..
Buat aku rasa nak terlena.

Kenapa tiap kali hujan mulalah orang nak merungut?

"Ala habislah kain tak kering!"
"Hujan la pulak..mesti jem balik ni"
"Janganlah hujan..takleh nak joging petang ni"
"Alamak..hujan2 ni ape pun takleh nak buat"

Paling tidak pun cam ayat aku kat atas tadi..
"Best tido ujan-ujan ceni"

Ku sangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari.
Peribahasa ni pun menunjukkan seolah-olah hujan tu sesuatu yang buruk datang di tengah2 keselesaan. Bukanke hujan tu rahmat dari Allah SWT?

Kat tempat lain, orang berdoa mintak turun hujan.
Kalo dolu-dolu siap ade benda karut BOMOH HUJAN.
Tapi kita mengeluh pulak..??

Kan elok kalo digantikan bebelan tadi dgn doa ni..
"Allahumma syaiyiban nafi'a" 
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)

 Sebab hujan tu mmg rahmat sebenarnye..bukannya bala.
Tak baik kan kita mengeluh bila hujan turun.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Nabi SAW juga pernah berpesan,
berdoalah ketika hujan turun kerana ketika itu langit terbuka luas dan doa mustajab.
Jadi bila hujan jangan pk nak tido je..bek kita berdoa kan..
Silap dah aku selama ni..

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Untuk peringatan bersama..
pasni kalo hujan, hentikan keluh-kesah n bebelan.
 Sebaliknya nikmatilah rahmat Allah swt tu.
Berdoa dan mintalah segala kebaikan.
Semoga doa-doa kita termakbul dan Allah swt akan terus menurunkan rahmat buat kita semua.
InsyaAllah.

Coti-coti Malaysia 2012

Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
6 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day Nationwide
5 May
Saturday
Wesak Day Nationwide
7 May
Monday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May
Thursday
Raja Perlis' Birthday Perlis only
30 & 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown World Heritage City Day Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
14 July
Saturday
Penang Governor's Birthday Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu's Birthday Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 - 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
8 September
Saturday
Sarawak Governor's Birthday Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day
Nationwide
6 October
Saturday
Sabah Governor's Birthday Sabah Only
13 October
Saturday
Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 & 12 November
Sat & Sun
Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
13 November
Tuesday
Deepavali or Diwali Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor's Birthday Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
20 December
Thursday
Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor Only
25 December
Tuesday
Christmas Nationwide
* Subject to change - depending on the sighting of the new moon

Wednesday, December 21, 2011

Baby Dalam Rahim Bagi Respond

"Tahniah anak Bonda yang sihat dan kuat selama 6 bulan dalam kandungan Bonda. Semoga terus sihat. InsyaAllah bila tiba masanya, kita akan bertemu 4 mata"

Alhamdulillah..setakat ni anak aku sihat dlm kandungan.
Tak sedar bila die tido, tp aku prasan die sangat aktif.
Maybe die main futsal..paling tidak pun main zero point.
Aktiflah sayang, mainlah, cuitlah Bonda selagi daya..
Asalkan anak Bonda sihat di dalam rahim Bonda.
Bila tiba masanya, kuatkan semangat..
Bantu Bonda dan Bonda bantu sayang.
Kita kene kuat untuk hidup bersama.
Ceewwaaahhh..

Sllnye b4 tido mmg Babah die akan chit chat dgn si comel kami.
Macam2 lah kata2 nasihat.
Kadang2 dah mcm YB bila tiba pilihanraya.
Semalam utk pertama kalinya baby bagi respon baeekk punya kat Babah die.
Mmg meng'excited'kan kami.
Lepas Babah kata "Dengar tak ni?Kalo dengar kick skali"

"DUK" baby was kicking mase hubby letak tgn atas perut.
Babah sembang2 lagi.."Faham tak ni?Kalo faham,respond"

"DUK DAK DUK DAK"
Waahhh..tersangatlah fahamnye..
Automatically air mata kami bergenang.

Aku taktaw itu kebetulan atau mmg betul,
tapi aku yakin anak aku mmg dengar dan respond pada Babah die.
Sbb tiap kali Babah balik keje n bagi salam, die mst 'menari-nari' kat dalam ni.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Ini adalah hadiah yang paling bermakna buat Ahmad Farhan sbb dia sangat cintakan kanak-kanak.


Wordless Wednesday : Sikat Stucked!!




 

Friday, December 16, 2011

Sebut "Inna Lillah.." Dengan Betul

Dalam Islam, Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Automatically ble kte terdengar pasal kematian mulut akan pantas menyebutnya.
Biasanya diterjemahkan "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

Sebenarnya bukan ble terdengar psl kematian je, bile kte ditimpa sesuatu dugaan kte mmg kene sebut ayat ini. Bermakna bile ditimpa dugaan, kepada Allah SWT kte kene kembali. Mengadu kepadaNya, hanya kepadaNya.

Apa yang kte tak sedar?
Kebanyakannya salah sebut..
Ramai yang sebut ceni..

"INNA LILLAHI WA INNA LILLAHI ROJI'UN"

*Kadang-kadang bile tonton drama ke, movie ke, pelakon2nye sebut tak betul. Taknklah sebutkan nama-nama pelakon tu*

Salah dah tu maknanye..tah pe maknenye tak brani pulak aku nak pandai2 terjemahkan.

Jadi belajarlah sebut betul-betul..

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Thursday, December 15, 2011

Pantang-larang Melayu VS Hukum-hakam Islam

Bila orang kata “HARAM”, die kate “Melayu mmg suke jatuhkan hukum”.  Mmglah..sbb die byk bergaul dgn Melayu, bkn dgn Islam. Islam x semestinye Melayu kan? Dan yg pastinya skrg ni bukan sume Melayu tu Islam. Bila org kata “Islam hanya pada nama”, die suh org tu masuk Imam Muda, x pun Ustazah Pilihan. Die kate die geleng pale je tgk pangai Melayu skrg yg ske jatuhkan hukum. Yg org Islam pulak geleng pale je tgk pangai die yg bodoh sombong.

*Pantang larang org Melayu x penah sama dgn hukum-hakam Islam.

Haaa..ni wall post aku kt fb. Bukan rini punye,tp last week punya.
Tetibe macam ter'emosi' bab halal haram ni.
Gara-gara baca komen2 n wall post org kt fb.

Aku pelik ble ade sumone yg kate..
"Tulah Melayu suke jatuhkan hukum..merokok pun nk diharamkan"

Aku juga kesian dgn sorang pakcik.
Bermati-matian die taknak kawenkan anak-anak dara die serentak.
"Pantang keturunan aku kawenkan anak2 serentak. Nanti ada je tak kene. Tu orang depan tu, dulu aku dah larang die kawenkan anak serentak, nnt kene bala. Degil..ko tgk skrg dpt anak berpenyakit"
Yang buat aku pelik, anak2 dara pakcik tu 4,4 orang tak bertudung.
Hukum Allah SWT berani pulak die tidak-tidakkan.
Tapi pantang -larang nenek moyang die yang merepek tu iye-iye je die pertahankan.

Betapa orang skrg, baik muda atau pun tua sungguh belum bijak membezakan hukum agama dgn pantang-larang Melayu.

Thursday, December 8, 2011

Ce Type TILT Kat Google Search

Cuba uolls type word TILT kat google search..apsal jadi ceni eh?
senget arr..hikhikhik..tp mmg tilt means senget or condong kan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...