Thursday, October 13, 2011

Hati-hati Bila Marahkan Anak-anak.

Sejak kecil mak tak pernah pukul anak-anak. Biarpun ayah dah meninggal ketika adik bongsu berusia 5 tahun, mak cekal jaga anak-anak. Walaupun mak tak memukul, tp mulut mak memag bising bila marah anak-anak. Semua senyap dan takut bila dengar mak bising mcm halilintar.

Tapi kali ini aku betul2 hairan, apa yg membuatkan mak pukul aku. Setelah umur aku memcecah 34 tahun dan dah ada 3 anak, baru ini pertama kali tangan mak hinggap di pipi aku. Kemudian mak terus pulang ke rumahnya. (Jarak rumah aku dengan mak dekat, cuma kurang 10minit perjalanan)

Semalam aku hibungi mak. Aku tanyakan apa kesalahan aku?

"' Ingat x itu ari hang dok marah anak2 hang?'

Aku teringat kembali bila aku marahkan anak2. Raffi anak kedua aku mmg suka buli adiknya Radzi walaupun kadang2 cuma berebut siaran tv saja.

' Ko ni Radzi ari2 nak belasah adik. Agaknya sampai adik ko tu dah senyap, mati kene pukul baru ko puas hati?'

'Panggg!!' Mak lemoang muka aku.

Mungkinkah mak marah bila aku herdik cucu-cucu kesayangannya?

"Sejak hangpa kecik, mak tak pernah pukoi hangpa. Tapi ari2 mak hingaq. Yang kuaq dari mulut mak suma yang tak baik. Mak sll kluaq pkataan 'mampuih'." kata mak tersedu-sedu.

"Ikan ni byk tulang. Makan tu tengok sama sat g cekik tulang mampuih hang'
"Hang ni suka mandi malam. Tgh tidoq nnt sakit dada mampuih pun org tak sedaq'
"Hang pi skolah jaga adik sama. Melintaih jgn dok biaq adik sorg2, kene langgaq mati katak'
"Pi mampuih la hangpa nak buat pa pun, mak dah tak larat nak larang'

Itulah antara ayat-ayat mak masa kami kecil. Mulut mak mmg lancang tp kami dah biasa. Takut tetap takut!!Hormat tetap hormat.

Mak mengingatkan aku kembali pada arwah Epoi, adik bongsu aku yang meninggal ketika berumur 14 tahun. Epoi meninggal dalam kemalangan setelah motor yang ditunggang melanggar sebatang pokok di kawasan kampung. Sejak itu mak banyak termenung, menangis dan tidak lagi membebel marahkan kami.

Kata mak, sehari sebelum arwah Epoi kemalangan, mak marahkan Epoi.
'Hang ingt mak taktaw ka hang bawak moto laju? Hang jgn dok cari pasai. Kalau eksiden mampuih, senang abeh crita. Tp kalau patah kaki ka, ilang tangan ka, baru hang tau'

Memang kata-kata ibu itu doa. Disebabkan perkataan 'mampus, mati' sentiasa keluar dari bibir mak, mak rasa kesal sangat. Mungkin doa mak itu makbul.Hidup mati ketentuan Allah, tp mak tetap rasa kesal kerana kelancangan mulutnya. Jadi buat ibu-ibu, harap ini dapat dijadikan iktibar. Jangan sesekali marahkan anak- anak dengan perkataan yang tak sepatutnya krn kata-kata itu doa.

Jangan doakan anak dengan kata-kata "Ko ni pengecut!", tp tukarlah dgn kata-kata "Abang kene jadi berani, tak boleh takut2"

"Ko ni jahat betul" tp tukarlah dengan kata-kata '"Kakak tak boleh buat jahat. Nanti adik2 ikut"

Kalau sll marahkan anak-anak dgn kata-kata yang teruk, lepas ni tukarlah dgn kata-kata nasihat pula. Ingat kata-kata mak tu DOA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...