Monday, October 31, 2011

Hakuna Matata My Baby In Womb


Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu
Di sisimu selamanya

Maksud Doa Diantara Dua Sujud



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (
sayangi aku)
Wajburnii (
Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (
Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (
Berilah aku rezeki)
Wahdinii (
Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (
Sihatkan aku)
Wa’fuannii (
Maafkan aku)
 
 

Thursday, October 20, 2011

10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Hand of Hope


Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)

Wednesday, October 19, 2011

Jojie Berhijab



Jojie atau nama sebenarnya Rozita Binti Aminuddin mula mengenakan hijab sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Namun, dalam pada niat baik kakak kepada ratu rock Ella ini berubah, ada segelintir pihak yang mengatakan pemakaian hijab wanita ini hanya sekadar untuk menghormati bulan Ramadhan. Tidak kisah dengan pandangan orang, Jojie mengakui niatnya untuk memakai hijab adalah ikhlas kerana Allah.

“Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga,” ujar Jojie bersyukur kerana dibuka pintu hatinya.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”

source : click here

Bila Ustaz Azhar Idrus Tegur Benjamin Franklin

Tuesday, October 18, 2011

Tidur Berbantalkan Lengan Suami


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.So pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

p/s: I mmg tido atas ketiak suami..hihihihi..=P

Monday, October 17, 2011

"Sukati akulah..Kubur Lain-lain.."

Gambar : Cara-cara Sujud Yang Betul

Sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".
Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. 
Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. 
Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 anggota iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.


Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Persoalan Agama: Sujud dulukan lutut adalah Sunnah
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Amalan tangan didahului ketika turun boleh diamal jika yakin dengan hujah

Soalan:
SAYA ada kemusykilan mengenai cara turun untuk sujud. Ini kerana saya diberitahu ada pendapat mengatakan perlu turun dengan lutut terlebih dulu, manakala ada pula pendapat perlu turun dengan tapak tangan mendahului lutut kerana dikatakan bahawa turun dengan lutut ini menyamai cara unta duduk. Oleh itu, saya ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini.

SOLIHIN.


Jawapan:
MENGENAI soalan saudara, saya ingin memetik sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk Formula Solat Sempurna sangat baik untuk dimiliki. Persoalannya ialah adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dulu ketika turun untuk sujud? Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam meneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah:

Pendapat pertama: Turun tangan dulu.

Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Dar Quthni yang bermaksud:
'Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.'

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
'Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun seperti turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu.'

Ulama yang menyokong meletakkan tangan dulu ialah Imam Malik, Imam al-Awza
'ie dan satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-albani, sudah sabit daripada perbuatan Ibn Umar ra dan beliau mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian.

Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah (letakkan tangan dulu) kerana hadis qawli diutamakan daripada hadis fe
'li.

Pendapat kedua

Ibn Qayyim menyebut Nabi SAW meletakkan kedua-dua lututnya dulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini yang sahih diriwayatkan Syuraik bin Abdullah al-Nakha
'ie, daripada 'Asim bin Khulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr yang bermaksud: 'Aku sudah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua tangannya sebelum lutut.'

Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu
'aib Arnout berkata: 'Majoriti ahli ilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafie dan mazhab Syafie mengutamakan lutut dulu, demikian adalah pendapat majoriti ulama.

Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ishaq Rahawaih dan mazhab Hanafi.

Ibn qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia akan meletakkan tangannya dulu, dan kakinya kekal berdiri.

Apabila bangkit, ia akan bangkit dengan kaki dulu. Inilah yang dilarang oleh Nabi SAW, dan kita diperintah untuk menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan mengetahui sesungguhnya hadis wail adalah tepat.

Kesimpulannya, Imam Nawawi berkata:
'Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.'

Majoriti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunnah, kemudian tangan, dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dulu kemudian lutut.
'

Penulis dalam buku ini berpendapat kedua-dua cara ini boleh diikuti terutama jika mempunyai lebih keyakinan dengan hujahnya.

Pendapat peribadi Ustaz lebih cenderung kepada pandangan menurunkan lutut terlebih dulu. Wallahualam.

Thursday, October 13, 2011

Hati-hati Bila Marahkan Anak-anak.

Sejak kecil mak tak pernah pukul anak-anak. Biarpun ayah dah meninggal ketika adik bongsu berusia 5 tahun, mak cekal jaga anak-anak. Walaupun mak tak memukul, tp mulut mak memag bising bila marah anak-anak. Semua senyap dan takut bila dengar mak bising mcm halilintar.

Tapi kali ini aku betul2 hairan, apa yg membuatkan mak pukul aku. Setelah umur aku memcecah 34 tahun dan dah ada 3 anak, baru ini pertama kali tangan mak hinggap di pipi aku. Kemudian mak terus pulang ke rumahnya. (Jarak rumah aku dengan mak dekat, cuma kurang 10minit perjalanan)

Semalam aku hibungi mak. Aku tanyakan apa kesalahan aku?

"' Ingat x itu ari hang dok marah anak2 hang?'

Aku teringat kembali bila aku marahkan anak2. Raffi anak kedua aku mmg suka buli adiknya Radzi walaupun kadang2 cuma berebut siaran tv saja.

' Ko ni Radzi ari2 nak belasah adik. Agaknya sampai adik ko tu dah senyap, mati kene pukul baru ko puas hati?'

'Panggg!!' Mak lemoang muka aku.

Mungkinkah mak marah bila aku herdik cucu-cucu kesayangannya?

"Sejak hangpa kecik, mak tak pernah pukoi hangpa. Tapi ari2 mak hingaq. Yang kuaq dari mulut mak suma yang tak baik. Mak sll kluaq pkataan 'mampuih'." kata mak tersedu-sedu.

"Ikan ni byk tulang. Makan tu tengok sama sat g cekik tulang mampuih hang'
"Hang ni suka mandi malam. Tgh tidoq nnt sakit dada mampuih pun org tak sedaq'
"Hang pi skolah jaga adik sama. Melintaih jgn dok biaq adik sorg2, kene langgaq mati katak'
"Pi mampuih la hangpa nak buat pa pun, mak dah tak larat nak larang'

Itulah antara ayat-ayat mak masa kami kecil. Mulut mak mmg lancang tp kami dah biasa. Takut tetap takut!!Hormat tetap hormat.

Mak mengingatkan aku kembali pada arwah Epoi, adik bongsu aku yang meninggal ketika berumur 14 tahun. Epoi meninggal dalam kemalangan setelah motor yang ditunggang melanggar sebatang pokok di kawasan kampung. Sejak itu mak banyak termenung, menangis dan tidak lagi membebel marahkan kami.

Kata mak, sehari sebelum arwah Epoi kemalangan, mak marahkan Epoi.
'Hang ingt mak taktaw ka hang bawak moto laju? Hang jgn dok cari pasai. Kalau eksiden mampuih, senang abeh crita. Tp kalau patah kaki ka, ilang tangan ka, baru hang tau'

Memang kata-kata ibu itu doa. Disebabkan perkataan 'mampus, mati' sentiasa keluar dari bibir mak, mak rasa kesal sangat. Mungkin doa mak itu makbul.Hidup mati ketentuan Allah, tp mak tetap rasa kesal kerana kelancangan mulutnya. Jadi buat ibu-ibu, harap ini dapat dijadikan iktibar. Jangan sesekali marahkan anak- anak dengan perkataan yang tak sepatutnya krn kata-kata itu doa.

Jangan doakan anak dengan kata-kata "Ko ni pengecut!", tp tukarlah dgn kata-kata "Abang kene jadi berani, tak boleh takut2"

"Ko ni jahat betul" tp tukarlah dengan kata-kata '"Kakak tak boleh buat jahat. Nanti adik2 ikut"

Kalau sll marahkan anak-anak dgn kata-kata yang teruk, lepas ni tukarlah dgn kata-kata nasihat pula. Ingat kata-kata mak tu DOA.

Friday, October 7, 2011

Tekanan Darah Bukan Tekanan Dareee!!

2 kali doktor kat klinik suh aku g spital
suh dripping katenye as my BP is low..
aku iyekan aje..tp idak pulak aku pegi..
very low..BP tu bukanla petrol BPH syg...
BP tu jgk bukan boiling points..
BP tu jgk bukanla Bapok Pondan..
BP tu blood pressure atau tekanan darah..
jgn dgr ckp Samy Vellu..beliau akan katakan Tekanan DAree..
"i masih dara okay.sila percaya dengan yakin"
u see..u see..very the dareee..
Lepas beberapa minggu..(actly masuk 2 bulan) aku bergelut dgn morning sickness
dat make me feels like LOSER sejati..
inilah makanan starter..
pembuka selera setelah selera makan kembali berselera yaww..

dik non oii..ko tu baru lagi..jgn makan cuke!!
Tak..tak..ni dibuat oleh mak mertwe Yati, sorang nurse..
homemade punye jeruk tarak cuke uolss..
sedap uollsss..


yg ni pun dr Puan Yati yang pregnant secara berjemaah dgn aku..
mucho gracias Yati..
wut's next Yati?

Bawa Machine Gun Pergi Solat Jumaat

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. 
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … 
Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Thursday, October 6, 2011

Aku Bina Perut, Dia Pulak Nak Bina Badan.


Setelah seminggu berlalu hari lahir suami tersayang (26 September), baru semalam aku berkesempatan belikan hadiah utk dia. Disebabkan alahan ala-ala 'loser', jangankan nk belikan hadiah, nk wish pun aku tak sempat. Padahal aku mmg da plan nk tunggu tepat jam 12 mlm, tp penat+ngantok+tak sedap badan, sudahnya plan tak menjadi. 

Semalam balik keje, aku terus ajak my hubby ke Alamanda, konon2 saje nk window shopping. Plus, hubby kate nk bli sandal n sweater kat Al-Ikhsan, tp sian takde yg berkenan di hati. Kalo ade mmg aku plan nk bayarkan.

Sudanhnya aku ajak hubby ke Fitness Consept. Aku suggest die bli dumbell sbb hubby penah kata nk bina badan. Cecewahhh..sembang punye sembang gn salesman kt Fitness Concept tu, hubby decided nak amek 1 je dumbell. Aku kate amek je la sepasang trus. Sampai kat counter aku pun hulurkan kad aku. Hubby pelik..

" Takpelah..i bayar sempena birthday u..=) "


1 kotak 10kg. Harga RM108. Tp bli sepasang dapat free glove.


Carta. Bukan leh men sebat je nk men benda berat ni..

Tu dia..sampai umah trus pasang. Excited!! Puas hati aku..

Tengokla lengan hubby aku..halus youu...

Okay..ni sessi tgk youtube. "How to use dumbell at home?"
Happy Birthday sayang..
Selamat Membina Badan..
Good Luck..hihihihihi..

Biar kte same2 nek. Nanti perut i membesar sbb baby dlm perut makin besar, u pulak bina lengan eh.

Nak Taw Status Handphone 'Ori' Ke 'Tak Ori'??


nak taw status ke'ORIGINAL'an handphone korang...?
type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******

utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
 
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Tuesday, October 4, 2011

Perkahwinan Eksklusif : Raja Berjiwa Rakyat vs Rakyat Jiwa-jiwa

Ni sbnrnye keratan akhbar 3,4 tahun lepas. Saje je nk refresh-refresh..
Haaa..yg ni plak sedikit berita yang mmg betul2 fresh..hikhikhikhik..

Tolong Reject 'Surah' Ini

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.


source: click here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...