Thursday, September 15, 2011

‘‘Rock menyesatkan saya’’ – Mel

Kata Mel, dia bersyukur kerana mendapat hidayah lebih cepat dan ketika usia masih lagi dalam lingkungan 30-an. Yang penting sekarang dia mahu berbakti kepada masyarakat pula, itu cita-cita utamanya.


‘’Lama bergelumang dengan dunia ‘kotor’ sudah sampai masa untuk saya balas dengan kebaikan semula. Buat baik dengan orang lain,’’ kata Mel.



Berapa lama Mel mendiamkan diri dari merakamkan album?
Lebih kurang dalam 10 tahun. Saya menyepikan diri, buat bisnes sikit-sikit. Buatlah apa saja yang boleh mendatangkan rezeki.
Sepuluh tahun? Apa yang menyebabkan Mel kembali semula?
Yalah, kita pun teringin buat album juga. Dah lama kumpulkan lagu. Diam saya bukan saja-saja. Kita cari resipi. Saya tengok keadaan huru-hara sana sini, sebab itu saya buat album ini.
Apa kaitannya huru-hara dengan album Dunia Baru ini?
Kita tak mahu fikir soal glamor lagi dah. Saya cuma hendak sampaikan mesej yang boleh jadi manfaatkan diri, masyarakat dan peminat. Saya janji dengan diri saya, keluar kali ini tak mahu kosong. Awak pun tahu banyak sangat lirik yang melalaikan sekarang ni. Kisah cinta melambak. Semua itu tak ada isi. Orang tengok show artis macam mana? Huru-harakan? Lepak, dadah, zina bertambah dari hari ke hari. Album ini buat perubahan, kita bercakap tentang kisah manusia dan alam. Biar manusia lebih sedar diri dan Tuhan.
Apa yang mendorong perubahan Mel?
Saya masuk Wings bukan sebab saya minat rock. Bapa saya imam masjid, emak saya ajar orang mengaji al-Quran. Saya pun bilal masa itu. Tetapi sebab Joe (Wings) ajak sangat saya masuk untuk ganti Awie tahun 1995, saya masuklah. Tiba-tiba nama saya besar juga. Lagu Lena Diulit Intan yang julang nama saya. Tiba-tiba populariti datang. Tetapi saya tanya diri saya sampai bila hendak macam itu? Lebih setahun, saya ambil jalan keluar sebab antara kami (anggota Wings) banyak perbezaan. Banyak benda yang tak boleh ngam. Jadi sebab saya masih hendak berkawan lagi dengan mereka sebagai sahabat, saya ambil keputusan tarik diri. Terus terang saya cakap, setiap artis ada ego sendiri. Begitu juga saya.
Mel nampaknya macam menyesal pernah terlibat dengan Wings?
Susah hendak cakaplah. Hiburan ni sebenarnya banyak sangat melalaikan. Teruk! Tapi kita tak pernah hendak sedar. Bukan hendak puji penyanyi-penyanyi luar. Artis macam Gun ‘n’ Roses misalnya, masa nyanyi ke, buat apa ke, mereka pakai salib besar-besar. Itu perjuangan untuk agama dia. Agama dibentangkan dalam hiburan. Tapi kita, apa kita buat? Dengan hiburan kita lalaikan orang lagi adalah. Banyak penyanyi sekarang fikir duit, suka glamor saja. Tak ada perjuangan.
Benarkah Mel pernah terlibat dengan kumpulan Al-Arqam?
Dululah. Sebenarnya banyak orang keliru dengan saya ni. Kita ambil mudah, kalau saya penyanyi, kenapa mesti saya takut untuk berkawan dengan tuk haji, dengan orang pakai kopiah? Macam inilah, kita janganlah banyak sangat suluh diri orang. Lebih baik suluh diri kita sendiri sebab kita pun tak lengkap juga.
Jadi betul kisah dulu tu?
Saya berkawan dengan ramai orang. Dulu dengan Wings saya fikir glamor ego saja. Selagi kita ada ego, kita tak akan ke mana. Kita makin sesat. Untuk buang tu perlukan masa sikit demi sikit. Itu sebab saya berkawan. Ramai. Album ketuhanan (tahun 1996 dan 1997 pernah keluar dua album solo) mempertemukan saya dengan ramai orang. Orang tabligh, orang ABIM , orang Al-Arqam, macam-macam. Apa salahnya? Itu sebab orang keliru dengan saya. Kira dulu tu saya masih tengah mencari. Apa yang baik kita ikut. Tak baik buang saja. Saya sebagai artis nak sombong dengan orang, tak bolehlah macam itu. Saya menimba ilmu, tak kira ke mana. Dulu mungkin saya pakai serban orang cakap macam itu.
Sekarang?
Yalah, takkan sekarang orang hendak kata saya ikut lagi bila sudah macam ini? Benda ini tak perlu keliru. Saya bagi tahu awak, dah lama dah saya keluar Al-Arqam. Sebelum ia diharamkan lagi. Benda itu sudah tak ada sejak lama dulu. Al-Arqam bagi saya dah mati. Terkubur. Dah, banyak lagi benda lain yang kita kena peka sepatutnya. Kita tak peka lagi dan masih asyik dengan hiburan yang melalaikan. Sedangkan bala besar sudah berleluasa, itu pun kita tak ingat lagi ke? Jarang orang menangis kerana hilang Tuhan. Orang hanya menangis kerana hilang duit, hilang pangkat. Album ini tentang membesarkan Tuhan.
Dunia Baru album dakwah untuk peminat, bagaimana dengan dakwah kepada rakan-rakan artis sendiri?
Ada juga. Yalah, masa jumpa mereka saya akan bercerita benda ini semua. Baru ni jumpa Man Kidal, minum bersama. Tapi kita tak boleh terus pergi serius sangat. Bila hati kita sudah disumbat dengan benda yang melalaikan, perlahan-lahan buat. Mungkin hari ini saya dapat hidayah dan insaf, esok mereka pula dapat hikmah yang jauh lebih besar. Siapa tahu? Itu semua kerja Tuhan belaka.
Kepuasan jiwa Mel dalam menghasilkan album seperti ini dibandingkan dengan album rock dulu?
(Diam) Saya boleh cakap saya cukup puas melayan lirik macam ini. Biarlah orang cakap tak sedap mana tetapi saya puas. Sebagai penyanyi mudah-mudahan saya berharap agar album ini memberi petunjuk kepada semua orang.
Khabarnya empat lagu dari album ini tidak lulus untuk siaran RTM, kenapa?
Entahlah, mereka kata terlalu ‘direct’. Saya pun tak faham juga.
Apa yang ‘direct’ tu?
Dalam lirik saya memang ada sebut secara terang perkataan macam rogol, liwat, lesbian dan macam-macam lagi. Bagi dia orang itu sensitif. Tak boleh cakap terang-terang, salah.
Pada saya okey saja, kalau kita tak cakap hal macam itu sampai bila masyarakat kita hendak sedar? Kalau saya buat salah. Tetapi kenapa dia orang boleh keluarkan lagu Metalicca yang liriknya entah apa-apa tu?
Mungkin kerana pengalaman masa lalu Mel, orang masih curiga?
Sebab itu saya tak perlu marah pada orang yang macam ini. Tapi mereka pun kena fikir juga. Takkan kerana masa lalu saya, saya masih menerima macam ini? Tak semestinya orang tu pelacur, kita jauhkan diri dari dia. Itulah masalahnya dengan orang kita. Apa benda yang kita buat sekarang?
Kalau saya cakap orang kita dah lupakan Tuhan, orang marah saya. Lirik ayat ada perkataan zina, tak boleh. Habis apa yang boleh? Kenapa hendak selindung macam katak bawah tempurung lagi? Hendak kaitkan saya dengan hal dulu? Kenapa?
Transformasi antara rock ke dunia dakwah, bagaimana Mel melaluinya?
Jujurnya saya sangat senang dengan dunia sekarang. Walaupun mungkin dulu lebih banyak duit, popular, tak apalah. Hal macam ini mungkin susah untuk orang terima, tetapi saya tak apa.
Perkara paling jahat Mel pernah lakukan sebagai artis?
Tak payah buka aiblah. Itu kisah lalu.
Apa salahnya kalau boleh dijadikan pengajaran?
Apabila kita langsung lupakan Tuhan. Tak pedulikan Tuhan, belakangkan Tuhan. Dunia rock memang menyesatkan saya. Bila orang datang hendak tengok show kita, mereka dari maghrib lagi tak sembahyang, kitalah puncanya. Bahagian kita ada semua tu. Tapi untuk saya tak adalah banyak pun bezanya. Cuma dulu lepas dengar lagu saya peminat pergi kelab, sekarang lepas dengar lagu pergi masjid. Itu saja bezanya.

Thursday, September 8, 2011

Raya's Photos


 Even tak sume famly member dapat raya bersama, tp tetap ceria. Cheer in purple!!

 Menantu baru.


 1st time beraya as hubby wifey..n m now 2 months preggy..HAPPY!!



Aku Hamil Dengan Satu Ovari. Itu Rezeki Yang DijanjikanNya.

Lepas kawen famly mertua aku tak pernah skalipun sebut bab anak. Even aku adalah menantu pertama n dorg blum ada cucu, tp parents mertua aku mcm tak kisah pun. Maybe dorg faham yg aku pernah menghidap kanser ovari n ovari aku pun tinggal sebelah je.

Aku ada la rase sedikit bersalah sbb blum pregnant, tp aku masih mengharap. Aku bukan saje berharap, tapi keyakinan aku terhadap Allah SWT tak pernah berkurangan. Yang pnting aku bersabar sbb Allah SWT sntiasa bersama org2 yg bersabar. Dan aku tahu kalo aku bersabar, aku akan dapat ganjaran lebih dari apa yg aku harapkan.

Sepanjang aku bergelar isteri kepada Farhan, dah banyak pregnancy test aku gune. Even resultnye -ve, tp aku  tak penah sedih ke, menangis ke, putus asa ke. Tp aku ske dgr ayat laki aku "Takpe, nnt ktet ry lagi ye. Tah2 kalo u pregnant skrg kte takleh nk 'bawak' lg. Bagi kte betul2 stabil dulu"

Bkn takde yg bertanya. Colleagues aku ada dlm 5,6 pasang yang kawen sama date gn aku. Sume dah 'berisi'. Tinggal aku je yg still 'kosong'. Kadang2 fed up nk jwb soalan orang. Tp aku relax je, relax buat2.

Ckup 6 bulan aku kawen..naahhh..hamek nih..

Home pregnancy test yang murah aku beli, yang mahal pun aku bli. Hasilnya +ve. Alhamdulillah..kan aku dah kate Allah SWT akan memakbulkan doa hamba2Nya. Asalkan kte berusaha, sabar dan yakin padaNya.

Rasanya cukup sebulan aku buat solat dhuha, Allah SWT pun makbulkan permintaan aku. Padahal bukan aku buat hari2 pun. Aku buat masa kat ofis je. Kat umah failed. Laki aku pun camtu. Takpe, janji kami berdoa sbb doa tu kan 1,1nye senjata yang kte sbg orang Islam ada.

Sape sangka aku yang dulu pernah nyaris2 kehilangan ovari masih diberi peluang untuk pregnant. Betapa Pemurahnya Allah SWT.

Sape sangka aku yg dulunya disahkan penghidap kanser ovari dan cuma ada 1 ovari masih berpeluang merasai nikmat hamil. Betapa Penyayangnya Allah SWT.

Sape sangka aku yg dulunya botak licin kepala n pernah berhenti period hampir setahun disebabkan kimo, masih lagi diberi nikmat Allah SWT untuk memanjangkan zuriat. Betapa Pemurahnya Allah SWT.

Terima kasih Ya Allah...

Aku Kini Hanya BEKAS Pesakit Kanser Ovari.

Mmg tak penah aku lupe tarikh 23 May 2009 sebelum aku di'operate', aku menangis teresak-esak. Bukan takot  sbb nak kene operate tp aku takot ovari aku dibuang sume. Yg pasti ovari (tempat produksi ovum) sebelah kiri aku dah rosak n kene buang.

"Kte dah scan, ovari kiri awak dah rosak n kte kene buang. Setakat ni ovari kanan awak ok, tp ble operate nnt kte akan tgk blk, kalo rosak jgk kte terpaksa buang 2,2. Ble dah buang 2,2..sy nak bagitahu awak yg..."

"Ok..ok..sy faham doktor" aku terus potong ckp doktor muda tu. Tak sanggup aku nk terus dgr kata2 die. Sape tak sedih beb. Ovari tu bleh dikatakan antara harta paling bermakna buat sorg wanita. Tulah penyambung zuriat aku nnt.

Aku mula bayangkan muka bf aku (skrg suami). Dia tu mmg sangat sangat sangat ske budak2. Anak-anak buah aku sape yg tak suke gn die?

Alhamdulillah lepas operate terus bf aku, Farhan bisik kat telinga aku, "Ovari kanan u ada lagi"

Aku yg tengah mamai2 lagi dgn bius cuma mampu tersenyum dengan mata terpejam. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah di atas kasih sayangMu.

Sebulan lepas operate aku disahkan menghidap kanser ovari tahap 3. Tahap 3 drpd 4 tahap.It's quite serious. Aku dah gone thru kimoterapi yg azabnye hanya org2 yg penah lalu je rasa. Hampir stahun aku tak datang period sbbkan kimo. Aku mula risau. Risau sangat2. Ok ke tak aku ni?

Again, Allah SWT tu sememangnya Maha Pengasihani dan tak pernah tak dengar doa aku. Sebab tu lah kalo kte nk mintak pape, mintakla dengan Allah SWT dan yakinlah bahawa setiap permintaan kite tu PASTI Allah SWT kabulkan. 21 Mac 2010, sehari sebelum aku bertunang, aku mula datang bulan balik.

Dan kini aku yakin aku normal even dengan hanya 1 ovari. Ye, aku yakin aku cuma BEKAS pesakit kanser. Aku bukan lagi pesakit kanser kerana akusentiasa ada Allah SWT.

Sakit yang Allah SWT turunkan buat aku adalah ujian dariNya dan balasan di atas kesalahan2 aku yang lalu. Dan penawar yg Allah SWT adalah hadiah dariNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...