Thursday, June 30, 2011

Benarkah Roh Si Mati Kembali Ke Rumah?

Benarkah Hantu..? Bolehkah Roh Kembali..?

Pontianak / Langsuir = Hantu perempuan yang kematian semasa melahirkan anak
Pochong = Jelmaan si mati yang hidup semula sepertimana ia dikebumikan
Toyol = Mayat kanak-kanak yang dipuja kembali hidup semula sebagai khadam

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan “Barzakh“, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk.
Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah maksudnya :
” Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” ( Al-Mu’minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas Radiallahu Anha) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini :
Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”

Firman Allah maksudnya :
“Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 ).

Bagaimana pula kalau bertemu si mati dalam mimpi?

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.


Jemput ziarah:-

* jadi cte2 bahawa roh akan kembali ke rumah melawat anak bini dan cucu pada sekian2 hari adalah SALAH. sape2 yg ternampak iras2 kelibat si mati, itu sume maybe kerja setan atau jin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...