Wednesday, May 25, 2011

Setahun Pemergiannya..Al-Fatihah

Tetibe tingat kat kawan seperjuangan aku..Surohatul Amirah Aminuddin. Sorang gadis yang kuat, sangat kuat dan jiwanya kental. Kak Amirah aku kenal mase kali pertama aku mnjalani kimoterapi Julai 2009.

Masa tu Kak Amirah dah botak sbb dah banyak kali menjalani kimoterapi, bahkan dah operate hampir 10 kali dalam setahun. Kak Amirah cuma tua setahun dari aku. Disahkan menghidap kanser ketika umur 25 tahun. Just like me..Kanser Ovari. Just like me.. Bezanya cume tumour Kak AMirah pecah sebelum operation. Jadi ia merebak ke bahagian rahim dan usus menyebabkan usus Kak Amirah terpaksa dikeluarkan. Die menggunakan kantung yang diletakkan di pinggangnya. Dan paling menyedihkan rahim dan ovarinya terpaksa dibuang.

Even menggunakan kantung dan terpaksa dicuci selalu, Kak Amirah seperti orang biasa. Nampak sihat. Masih boleh berjalan naik turun tangga ke cafe hospital membeli makanan. Even sakit, Kak Amirah still berselera sedangkan aku langsung tak boleh menjamah apa-apa. Padahal sakit Kak Amirah lebih teruk dari aku. Tapi disebabkan semangat die lebih kuat, nampak seperti aku yang lebih teruk. Sbb semangat Kak Amirah jugaklah aku jadi kuat menempuh cubaanNya.

Setiap hari mak abah tak pernah missed melawat aku di hospital. Even perjalanan dari rumah (Kampar) ke hospital (Ipoh) mengambil masa hampir sejam, abah tak pernah mengeluh. Bukan aku tak pernah halang, tapi kasih sayang mak abah melewati segala-galanya. Jadi kasih sayang mereka juga sumber kekuatan aku. Belum kira kawan-kawan n sedara-mara aku yang tak putus berkunjung.

Tapi Kak Amirah..jarang dilawati. "Dulu masa mule-mule admitted ramailah yang melawat, tp bile dah kerap sangat di hospital ni orang pun dah tak larat nak lawat aku" Kata Kak Amirah sambil tersengih. Aku faham keadaan parents die yang masih bekerja. Tapi takpe, apa yang mak bekalkan utk aku juga aku kongsikan dengan Kak Amirah.

Kak Amirah rajin berbual. Tak pernah mengeluh sakit. Cuma kadang-kadang masa tgh rancak berbual, tetibe Kak Amirah menggigil. Guna 2,3 lapis selimut still menggigil. Ubat die cuma tidur. Dulu aku risay gak, lama2 dah terbiasa. Sakit die mmg tak terjangka waktunya. Tapi yang pasti, aku tak pernah dengar Kak Amirah menangis apa lagi mengeluh.

Kak Amirah rajin solat. "Even ko sakit cane pun, ko kene solat. Jangan missed. Jgn jadikan tak larat sbg alasan" Kadang2 aku rasa susah nk amek wuduk sbb tangan penuh jarum dripping. Tapi Kak Amirah dah ada kimo port. Kimo port tu satu operation utk tebok lubang di dadanya utk salurkan ubat. So takyah cucuk2 jarum lagi cam aku. Punyalah selalu masuk hospital buat kimo sampai Kak Amirah kene buat kimo port.

Kenapa kene buat kimo port? Ya Allah percayalah..antaranya benda-benda yg amat menyakitkan orang2 kimo adalah nak cucuk jarum tuk dripping. Ktorg kate 'cari line' je. Bukan senang nak cari line sbb lepas kimo urat-urat org kimo tak mcm org lain. Ingat cucuk skali da bleh jalan ke? Urat dah keras. 3,4 kali cucuk belum tentu pass. Pernah skali tu sampai 7 kali, 3 org doktor cucuk tangan aku baru la passed. Sampai darah da memancut-mancut ke lantai. Huish la seksa baii...

Sebelum aku start kimo, Kak Amirah dah setahun lebih kimo tak habis-habis. Sbb bile cek bacaan kanser nya tak pernah turun. Bila aku dah tamat kimo, Kak Amirah still berulang ke hospital. Kalau skali aku g kimo dok hospital sampai seminggu, tapi Kak Amirah sampai 2 minggu. Kadang-kadang sebulan. Kami beraya seminggu je, pastu go back to spital.

Lepas aku habis kimo 4 cycles, kami berhubung memlaui telefon je. Satu hari masa aku ke hospital utk rawatan susulan, Kak Amirah called tanya khabar. Alhamdulillah, aku semakin sihat. Bacaan kanser turun. Kak Amirah gtaw die ada di Hospital KL. "Kimo dah tak lut utk aku, aku kene cuba cara lain pulak" Aku hanya terdiam bila Kak Amirah gtaw yang kanser die dah melarat ke bahagian serviks. Suara Kak AMirah sayup macam jauh sangat. Aku dah takde kata-kata semangat utk die sbb aku taw semangat die melebihi semangat aku sebenarnya. Sejak dulu, dielah pembakar semaangat pesakit2 kanser di hospital. Dielah 'kaunselor' baik utk yg tua atau muda. Dari jauh aku cuma doakan Kak Amirah.

Kadang2 kami berhubung via fb. Berbual- bual di fb. Aku mule stop baca fb Kak Amirah bile terbaca post Kak Amirah yang ni..tak sunggup nak baca post seterusnya..


Sampailah satu hari aku terperasan msg aku tak berbalas. Kak Amirah pun dah lama tak call. Bila aku call tak dapat. Aku jenguk fb die...Innalillahi wainnailahirojiun..Kak Amirah pergi buat selamanya pada 16 Mei 2010. Tamatlah perjuangan sorang kawan aku. Dan itu merupakan post terakhir Kak Amirah, 2 minggu sebelum pemergiannya.


Al-Fatihah.

1 comment:

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Al-Fatihah, semoga roh nya dicucuri rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...