Wednesday, May 25, 2011

Susahke Ucapkan Salam dan Terima Kasih?

Semalam lepas waktu kerja trus ke Post Office Alamanda, Putrajaya.
Thanx God ia dibuka sehingga 6 ptg setiap Isnin-Sabtu. Ahad pulak dibuka sehingga 3 ptg.
Tapi yang tak bestnya..
Kaunter ada 4, yang buka cuma 2 kaunter.
Dengan waktu operasi yang panjang seperti itu, sepatutnya Pos Malaysia perlu cari inisiatif untuk tambah kaunter dan staff di Pejabat Pos Alamanda.

Kebetulan masa aku kat sana semalam, ada sorang Minah Saleh nak amek no giliran.
Berpusing-pusing dia kat mesin tu, jenuh cari button.
Padahal depan mata je,cane leh tak nampak?
Aku pun trus guide die..no wonder, kat mesin tu takde translate BI.

Tak lama lepas tu aku ternampak pulak sorang Mat Saleh.
Aku perhatikan sampai je di kaunter die trus tersenyum dan ucapkan "Hello"
Selesai urusan, skali lagi die senyum dan ucapkan "Thank you very much"
Berbeza dengan rakyat kita sendiri.
Sepanjang aku menunggu giliran, belum lagi aku dgr sorang pun yg greetings or ucap time kasih.
Baik Melayu, Cina or India. Bukan nk merendah-rendahkan, tp itulah pengajaran buat kita.
Bukanke rakyat Malaysia dikenali dengan sikap sopan-santun dan berbudi bahasa?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...