Thursday, May 12, 2011

Kisah Percintaan Pasangan Tua Di Gua

Lebih 50 Tahun yang lalu, Liu, seorang remaja lelaki berumur 19 tahun telah jatuh cinta terhadap seorang janda berumur 29 tahun bernama Xu. Ketika itu, jatuh cinta kepada perempuan lebih tua adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan dianggap tidak bermoral. Untuk mengelakkan kata-kata orang, pasangan ini membuat keputusan menjauhkan diri dari masyarakat dan tinggal di dalam sebuah gua di utara ChongQing.


Pada mulanya, mereka hidup sebatang kara, tiada bekalan elektrik juga makanan. Mereka meneruskan kehidupan dengan memakan rumput dan akar-akar kayu. Liu membuat lampu minyak tanah sebagai cahaya ketika gelap. Tahun kedua kehidupan mereka, si suami, Liu mula membuat tangga buatan sendiri bagi memudahkan isterinya menuruni bukit di gua tersebut.

Setelah hampir separuh abad, sekumpulan pengembara telah memasuki hutan tersebut dan menjumpai pasangan tua ini serta hampir 6000 anak tangga buatan sendiri.

Liu Ming Sheng, salah seorang daripada 7 anak pasangan ini berkata, “Ibu bapa saya sangat mencintai anatara satu sama lain. Mereka telah hidup terasing lebih 50 tahun dan tidak pernah berpisah walau sehari. Bapa telah membuat hampir 6000 anak tangga sepanjang tahun bagi memudahkan ibu menuruni bukit walaupun ibu sebenarnya jarang turun.”

Pasangan tersebut telah hidup bahagia lebih 50 tahun sehingga pada satu hari Liu, 72 tahun jatuh lumpuh ketika pulang dari bekerja di ladang. Xu si isteri sangat sedih dan berdoa saban hari untuk suaminya sehinggalah si suami mati di atas lengannya sendiri. Begitu hebat percintaan mereka.

Pada tahun 2006, kisah mereka ini dinobatkan antara 10 kisah cinta terhebat dalam koleksi Chinese Women Weekly. Kerajaan tempatan kemudian membuat keputusan untuk menjaga kawasan tempat tinggal mereka dan menjadikan ia sebuah kawasan bersejarah supaya kenangan percintaan mereka akan kekal abadi.




1 comment:

Kathy Rospin said...

Waa..terharunya.. T.T
btw, pemenang contest bila nak umum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...