Thursday, May 12, 2011

Baca Quran Tak Nyanyuk

Weekend yang sangat penuh dan sarat.
Sabtu lepas Opah pergi untuk selamanya.
Sedih..tapi aku redha.

Puas aku tahan air mata ketika mengucup jenazah Opah.
Tapi bila tengok wajah Tok ketika menatap wajah Opah buat kali terakhir..
aku dan semua yang ada disitu tak dapat membendung air mata.
Air mata Tok menitis laju sambil memanjatkan doa.

Selepas pengebumian, tok berbisik pada aku..
"Dah 65 tahun Tok kawen dgn Opah..hari ni kami berpisah"
"Umur Opah 85 tahun, Tok 88 tahun.."
Sebak rasa hati..aku cuma balas..
"InsyaAllah Tok kita semua berjumpa balik 'disana' "

Tok memang dah tua...88 tahun..
Tapi aku sangat kagum dengan daya ingatan Tok
Tok tak nyanyuk langsung.
Malah masih hebat mengira umur orang-orang di sekelilingnya.
Tok ingat nama cicit-cicit dan cucu menantunya.
Tok masih boleh ingat surah-surah amalan harian.
Tok tak pernah lupa tahun kelahirannya dan anak-anak.
Malah Tok masih ingat bulan kelahiran sebahagian cucu-cucunya.

Dulu Tok seorang pekerja lombong.
Tok adalah anak kepada Toh Tan Dewa Sakti Haji Abdul Rahman.
Pengasas Bandar Tapah.
Tok selalu bercerita tentang kehebatan bapanya.
Nampak yang Tok sangat mengagumi arwah ayahnya.
Banyak tanah-tanah peninggalan arwah ayahnya yang Tok wakafkan kepada penduduk sekitar Tapah.
Tok memang pemurah.

Selepas pencen, Tok seorang bilal di kampung.
Tok rapat bukan sahaja dengan orang Melayu, malah Cina dan India di kampung.
Malah Tok boleh berbahasa Cina dan India.
Tok rajin berkebun dan tidak merokok.
Tok gemar berbasikal keliling kampung tapi tak pernah melepak di kedai-kedai kopi.

Lagi satu yang aku ingat aktiviti Tok ketika sihat adalah..
Tok gemar membaca Quran.
Setiap kali selepas solat fardhu, Tok mesti baca Quran.
Sekurang-kurangnya 2 muka surat.
Sekarang pun Tok rajin membaca.
Bila bulan puasa, Tok mesti khatam Quran.

Mungkin kerana amalan Tok tu yang membuatkan umur Tok masih panjang..
dengan kesihatan yang baik.
Tok tak nyanyuk..mungkin kerana sering membaca Quran.
tak menghidapi sakit jantung, kencing manis atau apa-apa..
melainkan sakit lutut.
Mata Tok masih baik, cuma pendengaran sedikit lemah.
Semoga Allah SWT merahmati Tok..Haji Hassan Bin Haji Abdul Rahman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...