Wednesday, May 25, 2011

Setahun Pemergiannya..Al-Fatihah

Tetibe tingat kat kawan seperjuangan aku..Surohatul Amirah Aminuddin. Sorang gadis yang kuat, sangat kuat dan jiwanya kental. Kak Amirah aku kenal mase kali pertama aku mnjalani kimoterapi Julai 2009.

Masa tu Kak Amirah dah botak sbb dah banyak kali menjalani kimoterapi, bahkan dah operate hampir 10 kali dalam setahun. Kak Amirah cuma tua setahun dari aku. Disahkan menghidap kanser ketika umur 25 tahun. Just like me..Kanser Ovari. Just like me.. Bezanya cume tumour Kak AMirah pecah sebelum operation. Jadi ia merebak ke bahagian rahim dan usus menyebabkan usus Kak Amirah terpaksa dikeluarkan. Die menggunakan kantung yang diletakkan di pinggangnya. Dan paling menyedihkan rahim dan ovarinya terpaksa dibuang.

Even menggunakan kantung dan terpaksa dicuci selalu, Kak Amirah seperti orang biasa. Nampak sihat. Masih boleh berjalan naik turun tangga ke cafe hospital membeli makanan. Even sakit, Kak Amirah still berselera sedangkan aku langsung tak boleh menjamah apa-apa. Padahal sakit Kak Amirah lebih teruk dari aku. Tapi disebabkan semangat die lebih kuat, nampak seperti aku yang lebih teruk. Sbb semangat Kak Amirah jugaklah aku jadi kuat menempuh cubaanNya.

Setiap hari mak abah tak pernah missed melawat aku di hospital. Even perjalanan dari rumah (Kampar) ke hospital (Ipoh) mengambil masa hampir sejam, abah tak pernah mengeluh. Bukan aku tak pernah halang, tapi kasih sayang mak abah melewati segala-galanya. Jadi kasih sayang mereka juga sumber kekuatan aku. Belum kira kawan-kawan n sedara-mara aku yang tak putus berkunjung.

Tapi Kak Amirah..jarang dilawati. "Dulu masa mule-mule admitted ramailah yang melawat, tp bile dah kerap sangat di hospital ni orang pun dah tak larat nak lawat aku" Kata Kak Amirah sambil tersengih. Aku faham keadaan parents die yang masih bekerja. Tapi takpe, apa yang mak bekalkan utk aku juga aku kongsikan dengan Kak Amirah.

Kak Amirah rajin berbual. Tak pernah mengeluh sakit. Cuma kadang-kadang masa tgh rancak berbual, tetibe Kak Amirah menggigil. Guna 2,3 lapis selimut still menggigil. Ubat die cuma tidur. Dulu aku risay gak, lama2 dah terbiasa. Sakit die mmg tak terjangka waktunya. Tapi yang pasti, aku tak pernah dengar Kak Amirah menangis apa lagi mengeluh.

Kak Amirah rajin solat. "Even ko sakit cane pun, ko kene solat. Jangan missed. Jgn jadikan tak larat sbg alasan" Kadang2 aku rasa susah nk amek wuduk sbb tangan penuh jarum dripping. Tapi Kak Amirah dah ada kimo port. Kimo port tu satu operation utk tebok lubang di dadanya utk salurkan ubat. So takyah cucuk2 jarum lagi cam aku. Punyalah selalu masuk hospital buat kimo sampai Kak Amirah kene buat kimo port.

Kenapa kene buat kimo port? Ya Allah percayalah..antaranya benda-benda yg amat menyakitkan orang2 kimo adalah nak cucuk jarum tuk dripping. Ktorg kate 'cari line' je. Bukan senang nak cari line sbb lepas kimo urat-urat org kimo tak mcm org lain. Ingat cucuk skali da bleh jalan ke? Urat dah keras. 3,4 kali cucuk belum tentu pass. Pernah skali tu sampai 7 kali, 3 org doktor cucuk tangan aku baru la passed. Sampai darah da memancut-mancut ke lantai. Huish la seksa baii...

Sebelum aku start kimo, Kak Amirah dah setahun lebih kimo tak habis-habis. Sbb bile cek bacaan kanser nya tak pernah turun. Bila aku dah tamat kimo, Kak Amirah still berulang ke hospital. Kalau skali aku g kimo dok hospital sampai seminggu, tapi Kak Amirah sampai 2 minggu. Kadang-kadang sebulan. Kami beraya seminggu je, pastu go back to spital.

Lepas aku habis kimo 4 cycles, kami berhubung memlaui telefon je. Satu hari masa aku ke hospital utk rawatan susulan, Kak Amirah called tanya khabar. Alhamdulillah, aku semakin sihat. Bacaan kanser turun. Kak Amirah gtaw die ada di Hospital KL. "Kimo dah tak lut utk aku, aku kene cuba cara lain pulak" Aku hanya terdiam bila Kak Amirah gtaw yang kanser die dah melarat ke bahagian serviks. Suara Kak AMirah sayup macam jauh sangat. Aku dah takde kata-kata semangat utk die sbb aku taw semangat die melebihi semangat aku sebenarnya. Sejak dulu, dielah pembakar semaangat pesakit2 kanser di hospital. Dielah 'kaunselor' baik utk yg tua atau muda. Dari jauh aku cuma doakan Kak Amirah.

Kadang2 kami berhubung via fb. Berbual- bual di fb. Aku mule stop baca fb Kak Amirah bile terbaca post Kak Amirah yang ni..tak sunggup nak baca post seterusnya..


Sampailah satu hari aku terperasan msg aku tak berbalas. Kak Amirah pun dah lama tak call. Bila aku call tak dapat. Aku jenguk fb die...Innalillahi wainnailahirojiun..Kak Amirah pergi buat selamanya pada 16 Mei 2010. Tamatlah perjuangan sorang kawan aku. Dan itu merupakan post terakhir Kak Amirah, 2 minggu sebelum pemergiannya.


Al-Fatihah.

Minuman Halia di Syurga

Maksudnya: "Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkannya dari halia.(zanjabil)"
(Al-Insan: Ayat 17)

Ini membuktikan bahawa halia telah terbukti dapat memberi kebaikan kepada manusia.
Antaranya:
- menghilangkan atau merawat kembung perut
- membantu sistem penghadaman makanan
- mengeluarkan angin dalam usus
- menghilangkan bau mulut
- jus halia juga dapat menghilangkan lendir dan kahak

Susahke Ucapkan Salam dan Terima Kasih?

Semalam lepas waktu kerja trus ke Post Office Alamanda, Putrajaya.
Thanx God ia dibuka sehingga 6 ptg setiap Isnin-Sabtu. Ahad pulak dibuka sehingga 3 ptg.
Tapi yang tak bestnya..
Kaunter ada 4, yang buka cuma 2 kaunter.
Dengan waktu operasi yang panjang seperti itu, sepatutnya Pos Malaysia perlu cari inisiatif untuk tambah kaunter dan staff di Pejabat Pos Alamanda.

Kebetulan masa aku kat sana semalam, ada sorang Minah Saleh nak amek no giliran.
Berpusing-pusing dia kat mesin tu, jenuh cari button.
Padahal depan mata je,cane leh tak nampak?
Aku pun trus guide die..no wonder, kat mesin tu takde translate BI.

Tak lama lepas tu aku ternampak pulak sorang Mat Saleh.
Aku perhatikan sampai je di kaunter die trus tersenyum dan ucapkan "Hello"
Selesai urusan, skali lagi die senyum dan ucapkan "Thank you very much"
Berbeza dengan rakyat kita sendiri.
Sepanjang aku menunggu giliran, belum lagi aku dgr sorang pun yg greetings or ucap time kasih.
Baik Melayu, Cina or India. Bukan nk merendah-rendahkan, tp itulah pengajaran buat kita.
Bukanke rakyat Malaysia dikenali dengan sikap sopan-santun dan berbudi bahasa?

Tuesday, May 24, 2011

Contest GPC : Jom Tengok Hadiahnya.

Tadaaa..ni lah hadiah kemenangan Makcik Menang Motor.



Jeng...jeng..jeng..
Kat bawah ni pulak hadiah untuk pemenang2
Contest Gambor Paling Cool.
Sepatutnya 7 tapi ada 4 orang je yg melkan add kat saya.
Petang ni balik je dari opis saya terus pos ok sayang-sayang sekalian..
Soryla lambat..beselah reason typical..
BUSY....


First Prize
Baju SEED
+ Voucher Starbucks RM10 (minum jelah kot..)

Ariesya


Second Prize
Selendang n anak tudung
+ Mini Perfume Magnifique by Lancome

Alycia


Third Prize
Lovely Lace Fragrance Teddy (bleh hanging kat kete...)
+ Mini Perfume Secret Obsession by Calvin Klein

Mama Zakuan


Tangkap Muat
Baju Ti:zeD
+ Mini Perfume Eternity

Cik Lieya


Dan yang kat bawah ni hadiah dari Encik Suami utk saya...
Hahahahaha...poyoresss...


Monday, May 23, 2011

Gambar Sebelum Tanah Runtuh

Gambar yang sempat dirakam sebelum  kejadian tanah runtuh.


Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.

Dan didoakan agar adik-adik yang masih dalam rawatan tabah menempuh dugaan ini dan cepat sembuh.

Friday, May 20, 2011

Pre-Wed : Sarip Dol and Cik Salmah

At first aku plan nak buat tema ala-ala Man Laksa sbb aku kagum abes gn dress up Man Laksa (lakonan Yasin). Dengan tie besor bapok, bunga rozek besor alam, suar bell bottom yg cumel. Kalo masuk kepala aku pun bleh kot. Aku bayangkan kalo En. Amad aku yang pakai camtu mesti cumel. Muahahahaha!! Tapi bile aku tengok pakai pasangan Man Laksa (lakonan Sharifah Aleya)..alamak, skirt leh cari, tapi aku kan bertudung.
 

So cancelled sudehh..sok sek sok sek..Aku pun came up dengan idea len. Sarip Dol n Cik Salmah. Aku mmg giler dengan citer2 P.Ramlee. Tapi yang komedi je, yang syahdu2 makcik x layan. Aku pun mulalah mencari baju-baju n kasut mak zaman dolu-dolu...

TAADDDAAAA....
/
/
/
/
/
/
/
/
/




Cik Salmah la sangaattt...
Kasut platform : Kasut kawen mak thn 1973. Masih elok. Harga RM40.

Sarip Dol
Motor vespa milik Bapak Mertuaku.

Suke Sakan





Thursday, May 19, 2011

Apa Jadi Kalau Takde Bulu Mata dan Kening?

"Kalo nak tengok cane rope makhluk halus, cukur bulu kening sampai licin  n cabut sume bulu mata"

"Kalo takde bulu mata..payahlah kita nak tido or tutup mata..."

Haish..jahatlah sape yang bawak kata-kata mitos ni kat aku.
B4 kimo, pakar kimo dah sound kat aku awal2..
"Dear..u'll lost all ur hair after chemo"
Betoi ehh..lepas je kimo kali kedua sume bulu n rambut gugur.
Masa mandi air menderu2 laju je masuk mata.
Maklumlah 'filter' dah gugur..(kening n bulu mata la tu)
Korek-korek idung, penuh melekat bulu idung kat t**k idung.
Hahahahaha...grroosssss!!
Tak sabar-sabar aku nak menghadapi saat kehilangan sume bulu mata n kening.
Suspens, scary, nebes..
Bile ilang sume kening n bulu mata aku..

Tengok..tengok..clear. Kening tu palsu je..lukis pakai water colour..=P

Jeng...jeng...jeng..
Elok je aku leh tido..
Ari-ari tido nyenyak sampai tak lalu nak bangun.
Bleh je tutup mata wink..wink..wink..
Tak nampak pun antu setan atau mane2 makhluk halus.
Tipu ehhh...??

Tipulah sume tu..actly ble takde kening ni..
- Muke nampak hodoh sket, sbb ade yg kureng..
- Kalo mandi kene lap mata 23 kali sbb air masuk mata, dah tu takde 'filter'.
- Muka nampak sedikit pucat.
- Mata sll pedih-pedih, habuk senang  masuk.


Saya Muda 7 Tahun. Berapa Umur Biologi Anda?

Hakikatnya umur terbahagi kepada dua iaitu..

-- Umur Kronologi (perkiraan berdasarkan tarikh lahir)
-- Umur Biologi (berdasarkan anatomi, fisiologi dan sistem biokimia)

Umur Kronologi cam bese la, every year meningkat dan kita tak dapat mengurangkannya.

Tapi kita dapat mengurangkan umur biologi dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan tidak tinggalkan solat 5 waktu sehari semalam. Dats y kadang -kadang kita pelik tgk atok-atok di kampung yang berumur 80 thn ke atas tapi masih gagah memanjat pokok kelapa. Opah-opah yang dah berkedut masih mampu mengelilingi kampung menjaja kuih. Contohnya Tok Guru Nik Aziz yang nampak berusia tetapi masih mampu menjadi Ulama diiktiraf dunia. Tun Dr Mahathir yang berusi melebihi 80 tahun tapi masih kuat kerana beliau memiliki umur biologi 60 tahun ke atas.

Baru-baru ni di ofis ada pemeriksaan kesihatan dan ukuran umur biologi. Bayaran RM5 je..murah sangat..First time tgk pemeriksaan kesihatan melalui kulit muka.



Mine..mine..=)

Miss Emily's


"Adik kene minum air 2 botol besar air setiap hari. 80-90% kandungan dlm hormon adalah air"

Dulu cek kulit ceni dgn SKII. Kali ni untuk cek kesihatan plak. Pelik..pelik..

Tiga tahun lepas, i cek umur biologi i 18 thn. Kali ni 20 tahun. =)

Inilah alat yang mengukur umur biologi

Eksen ala-ala minah rempit skeettt..

"Penimbang akak ni salah ni..sll sy timbang berat sy 16kg je.."

Sesape yang nek cek umur biologi bleh click sini..-->http://www.growyouthful.com/gettestinfo.php
Tapi mungkin tak setepat mesin yang kami guna ni.

Program ni mengukur umur biologi anda melalui soalan..

· BMI (Body Mass Index) based on your weight and body fat
· Kesihatan umum (terutamanya sistem penghadaman dan immunisasi)
· Gaya hidup, kesihatan mental
· Kandungan Toxic di dalam badan berdasarkan diet, alkohol, merokok dan persekitaran tempat tinggal.
· Gayahidup merangkumi perhubungan, senaman and sexual habits.

Aku lebih muda 7 tahun dari umur kronologi. Muda..betul ke ni? Tapi aku dah penah kene kanser. Hmm..maybe sbb organ aku lebih muda yang buat aku survive dari kanser. Itu juga yang menguatkan aku even telah melalui kimoterapi yang bapok dasat n seksa. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur...=)

Wednesday, May 18, 2011

Akibat Terlalu Lama Menggunakan Keyboard dan Mouse



Carpal Tunnel Syndrome ni sbnrnye ada kaitan dengan tangan akibat kesalahan kita sendiri. Contoh terdekat bila kita menggunakan mouse terlalu kerap dan dalam jangka masa yang lama.
Nak terangkan lebih-lebih saya pun tak pandai, jadi tengok je gambar2 di bawah. Saya rasa gambar2 ni dah cukup memberikan penerangan yang jelas.




Jadi untuk mengelakkan dari terkene sindrom ni, gunakan keyboard and mouse dengan cara yang betul.






Berhenti seketika untuk buat senaman tangan. Jangan malas...



Dan yang paling penting gunakan mouse pad yang ada span macam kat bawah ni..


Monday, May 16, 2011

Contest GPC : RESULT...!!

Setelah berhempas pulas..berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan..
saya dan suami dengan ini telah membuat keputusan memilih...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/



Juara


Naib Juara


Tempat Ketiga

dan BONUS....
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

kepada 4 orang pemenang tangkap muat..






Tahniah...
Jadi kepada yang berkenaan silalah hantarkan nama dan alamat anda ke
untuk mengaut keuntungan sebelum Khamis, 19 Mei 2011.

Thursday, May 12, 2011

Contest GPC : KOME RASE KOME COOL??

Hahahahaha..title bikin panas je ek?
First of all sorry byk2 sbb lmbat announce pemenang..
Bz lah..balik kampung Opah meninggal.
Pastu kursus lak 3 ari.
Kawan-kawan datang tumpang tido kat umah.
Yang paling best tadi cermin kete pecah.

Okay kat bawah ni gambor-gambor peserta yang saya dan suami rase cool.
Pemilihan berdasarkan gambor yang
LAIN DARI YANG LAIN
MAKE US SAY "WOW"
SPONTAN N REAL
dan paling penting COOL BEB
Kome rase gambor kome ni cool ke?


NFAHK - cool gak gambor lompat version terbalik ni kan. terbayang lak gambor lompat upside down.

NYZE CHAN - ala-ala model kau..cun!!

EB EZRIN - salute la makcik ni mmg brani..i mmg takkan pegang ular.

MAMA ZAKUAN - syiok tgk muke akak tudung biru tuh.

NANA - buai-buai..buaiku laju..

CUTE MUM

AIMAN - mmg COOL la sgt..

ALYCIA - cool adik ni..rilex kene pusen..

SYIMA EMI - pengantin n kawan-kawan yg cool

NUR FARAHANA - ahahaha..akak ni betul2 redho ke gambor die kene publish?

ISYA - pulangkan balik beskal budak2 tu..ish ish ish..

ARIEYSHA - yang kanan skali tu cam fly je..


ERA PASHA - kami rase kami lagi cool..kekeke..=P


Ada beberapa keping gambor yang tak dpt diterima sebab join mase contest ni dah expired. Sorryy...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...