Thursday, April 21, 2011

Tips Untuk Laki Bini SAH

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
- wajib buat ok..even dah terlewat sangat..ala takkanlah bersalam cium tangan pun sampai 2 jam setengah kan..

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
- buat bekalan..nanti lama tak jumpa kan..

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
- kot bosan2 takde keje kat opis, kasi call laahh..drpd dok ngumpat gn kawan2. Tp jgnlah nak bergayut lama sgt, laki pun banyak keje lain nak buat bukan nak layan awak je.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you dgn sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
- nak lagi romantik ckpla i love like crazy bebeh..takpun buat video klip 10 saat depan die nyanyi sket "siang ku sasauu..gilakan kau.."

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
- tak kesahlah makan pagi ke, makan malam ke..janji without anak-anak. Kalau dah takde mase sgt, balik keje amek bini singgah petrol pump beli eskem makan sama2 dlm kete.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...