Thursday, April 21, 2011

Tips Untuk Laki Bini SAH 3

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
- jangan hangat-hangat taik ayam. at least sehari skali mesti solat jemaah..mesti..

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
- makan satu pinggan je..senang cte. Agak2 tangki besar, makan dlm pinggan besar taruk nasi 7,8 senduk.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
- Kalau terkejutkan dia, buat sampai die melatah dlm sejam setengah boleh tak? Tu pun kire kejutan jugak..

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
- Agak2 takde idea sangat, geletek pinggang die secara tiba2. Tp hati2 jgn sampai terkene siku Haji Leman free2 je..

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
- Jangan ungkit, tapi kenang dan hargai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...