Wednesday, April 6, 2011

Tips Ambil Hati Mak Mertua

Tips untuk yang dah ada mak mertue dan bakal ada mak mertue.

* Ketika berkunjung bawak buah tangan. Masaklah masakan kegemaran dia dari rumah. Kalau tak pandai masak, bawakan buah-buahan kegemarannya.

* Rajin-rajin call tanya khabar. 5 minit pun takpe asalkan call.

* Kenali mak mertua. Tanya suami apa kegemaran ibunya. Katakan dia suka berkebun, belilah selori baja bunga dan hantarkan ke rumah (contoh je tu).

* Jangan sesekali memarahi anaknya di hadapannya. Layanlah suami kalau boleh lebih baik dari layanan ibunya, tp janganlah sampai berpeluk2 tergolek2 dpn mak mertua. Getik pulak die nanti..

* Rajin-rajin tolong mak mertua di dapur, jgn bangun lewat. Kalau tak pandai masak, tolonglah kemas dapur ke, cuci periuk belanga, tolong hidang makanan ke. Lagi bagus kalau mintak mak mertua ajarkan masak. Puji-pujilah sikit masakannya..

* Bila tiba Hari Ibu atau Hari Lahir mak mertua, jadilah antara yang pertama memberi ucapan.

* Hadiahkan kain pasang, tudung, brooch mak datin, pinggan mangkuk sarat corak bunga, dan apa2 jelah. Takyah tunggu hari jadi..


okay..saya nampak poyos..


* Banyak-banyakkan puji mak mertua. "Hmm..sedapnya mak masak, nak mintak resepila.." "Canteklah mak pkai baju ni, macam Saripah Eni mase mude2.." "Kadang-kadang tgk mak dari jauh tak ubah mcm Era Pazira.." (ok yang tu over..)

* Bawak2 bersembang, jgn diam seribu bahasa. Paling penting jaga pertuturan. Takde idea nak start topik ape? Korek2lah keletah anak2nya masa kecik (especially suami kita), tanya tentang pekerjaan atau aktivitinya masa muda, mintak resepi masakan, apa2 jelah..

* Sesekali bawaklah mak mertua g shopping or makan kat restoran-restoran best.

* Pandanglah mak mertua seperti memandang mak kandung. Sayanginya seperti menyayangi mak sendiri. Yang penting setiap kali bersalaman, peluk dan ciumlah kedua-dua belah pipinya.

3 comments:

Cahaya Kita said...

salam ce ceghite~ blogwalking... i follow u too!! mak aih ambil hati mak mertue ehh

airmataibu said...

dah polo... bestlah N3 awak ni...

Mrs. Amad said...

macehh..maceh..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...