Monday, April 25, 2011

Pengalaman Diterjah MLM Gulung Tikar

Sepatutnya arini dah dapat gaji, tp dwet dlm akaun aku takde penambahan pun.
Maybe sbb bulan ni HQ yang bayar gaji aku.
Proses pertukaran dari Ipoh ke HQ mmg byk pusing.
Takpe redho je, dwet simpanan yang ada cukup je, insyaAllah.

Tetiba hati terdetik..sonoknye kalo dwet masyuk tp goyang kaki.
Wehh..aku penah cuti setahun tapi gaji jalan..full ok takde potong-potong.
Cuti sebab rawatan kimoterapi.
Sekarang alhamdulillah, Allah SWT bagi aku peluang kedua.

Tingat kat sorang kawan yang penah beriya-iya ajak aku join jadi downline die.
MLM. Aku memang lemah bab MLM ni.
Berhari-hari die call n ajak aku jumpe utk dgr briefing die.
At first aku tolak, end up aku dah tahan aku pun pergi je la.

Die datang dgn bf dan ketua die.
Pergh time tu dtg dgn kete2 mewah.
Haruslah..kalo tak cane orang nak pcaya dorg dah berjaya?

Die siap tunjuk slip akaun maybank die yang berjumlah RM17k.
Keuntungan utk 2 bln pertama.
"Akak bayangkan kami bagi duit kat mak ayah di kg RM500 sorg setiap bulan"
"Bulan lepas kami belikan mak ayah perabot jati harga 2ribu cash"
"Saya pakai iPhone g makan kat restoran slumber je letak atas meja ceni ha"
"Pasni kitorg plan nak tukar kereta Mazda RX8"
Pung pang pung pang..cakap tak jatuh.
Balik je aku terus msg bf aku (skrg suami)
Laki aku kate logik ke?

Utk kali kedua, aku bwk bf jumpa dorg.
Kali ni lawak sket.
Adeke g makan kat Johnny's,Alamanda pada hari Ahad dia pakai kemeja n sluar slack?
Ala-ala nak ke opis...cehh..ogak-ogak ar nak berMLM pun.
Yang paling best ayat bf dak  tu..
"Takkan la akak nak tgk bf akak pkai jeans n t-shirt ceni je jalan2?"
Ahahahah..aku banned die,die banned laki aku.
Gile pe? Laki aku pkai kemeja time g opis je..
Pegi Alamanda je kot, perluke pkai kemeja+slack?
Lahai blagaknye, makan kat Johnny's je pun.
Lainla kau bawak kami makan kat hotel 5 bintang.

Modus operandi nye senang.
Ayat dorg yang buat aku nak termuntah hijau adalah..
"Kita tak guna duit kita, kita guna duit bank"
Itu ayat dorg, tp ayat yang sebenarnya..
BUAT LOAN DENGAN BANK
Bijak..bijak..
Borang pe sume dorg dah siapkan.
Interest loan 7% ok...aku beli kete pun tak sampai 4.5%

Bila aku decide NOT TO JOIN..
bagai nak gile dorg pujuk aku.
Lepas sorg..sorg..
Jawapan aku..
Saya tak pasti tentang keuntungan tanpa usaha.
Saya tak bekerja, tak jual barang, tak perlu kata apa-apa..
tp dapat duit beribu-ribu setiap bulan.
LOGIK KE?
Sorry..drpd sy buat loan RM50k untuk korg, baik saya bukak taska bergelak ketawa dgn budak-budak.

Tak lama lepas tu aku dapat taw dak tu dah berenti keje.
Orang lain sampai jumpa bomoh nak dapatkan kerja kerajaan
Kau senang2 letak jawatan.
Padahal loan kat bank pun kau blum abes setel lagi.
Siap pakai kete BMW tu.
Huish..mmg dahsyat.
Kalau pegi FB dorg, berlambak la pic dgn kete baru dorg.
Tu blum kire soping handbag n kasut COACH.
Mewah menor le kononnye tu..
Bak kata Amyza Adnan dlm drama DONUT,
Kat Paris, handbag Coach tu promoter-promoter kat pasaraya je yang pakai.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, upenye hujan di tghari.
Tup..tup..cerita psl bisnes MLM dorg kat muka depan akhbar2.
Bukan sbb berjaya, tp sbb MENIPU.
Hahh kau..pe cte?Terus kene banned.

Last-last aku jumpa kau kat Greentown Mall, Ipoh.
Tempat aku n kawan2 makan ais jagung time rehat.
"Rasa rugi tak benti keje?"
"Kete BMW sape bayar?"
"Nampak tak bape lame kejayaan tanpa usaha?"
"Rasulullah SAW kata USAHA, DOA, TAWAKAL untuk berjaya. Bukan GOYANG KAKI DAN TUNGGU DUIT"
Nak je aku tanya, tapi tak sampai hati.
Aku doakan kau dapat kerja yang bleh manjamin masa depan
dan belajar dari kesilapan.

Keratan akhbar Metro.

Info: Ketua dorang bukan bangsa Melayu. Dorang ditipu oleh bangsa lain. Orang kita senang ditipu hanya dgn sogokan kemewahan.

Footnote: Aku tak banned MLM yang ada di Malaysia. Kalau betul caranya, go on. Bantulah yang memerlukan asalkan jangan pijak orang lain. Tapi jangan dekati aku. Heheheh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...