Thursday, April 21, 2011

Dimana Keris Taming Sari?

Taming Sari adalah seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit.
Taming Sari merupakan seorang panglima yang paling handal ketika itu
Beliau telah ditugaskan untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata.
Ini kerana beliau memiliki sebilah keris yang dikatakan keramat.
Sang Adi Putera ialah guru pertapaan Hang Tuah.
Beliau memberitahu bahawa hanya keris tersebut yang dapat membunuh Taming Sari.
Pada hari pertarungan, Hang Tuah telah berjaya merampas keris milik Taming Sari.
Beliau menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Oleh itu Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah.
Keris keramat itu dinamakan "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka.
Hang Jebat juga telah menggunakan keris yang sama menderhakai Sultan Melaka.
Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari.
Dalam pertarungannya yang terakhir, Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari dari Hang Jebat.
Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat menggunakan keris tersebut.
Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, Keris Taming Sari hilang entah kemana
Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah.
Kerana gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka.
Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak.
Kemudian disimpan oleh keturunan raja-raja Perak.

Ada juga mitos mengatakan Hang Tuah telah mencampakkan keris tersebut ke dalam laut.
Ini kerana beliau sesal selepas membunuh saudaranya Hang Jebat menggunakan keris itu.
Kerana keris itu juga berlaku banyak pertumpahan darah di tempat mereka.
Kemudian Hang Tuah menggantikan Keris tersebut dengan keris palsu.

Dimana sebenarnya Keris Taming Sari?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...