Wednesday, April 6, 2011

Budak Hilang : Ibu Bapa Cuai atau Anak Noty ?

Budak umur setahun sembilan bulan hilang sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat selepas 20 jam. Alamak..cane leh hilang ni? Ibu bapa yang cuai atau anak yang noty?
Ingat tak tahun lepas ada kes 2 orang anak dilarikan bersama kereta sekali? Masa tu kereta ditinggalkan di tepi jalan ketika enjin masih hidup. Alasan anak-anak tidur dan bapa hanya keluar sekejap. Kecoh 1 Malaysia.

Masa tgh kecoh-kecoh tu, saya pernah terdengar topik pagi di hot.fm yang membincangkan tentang kecuaian ibu bapa. Ada sorg caller dgn bangganye bagitaw yang die selalu tinggalkan anaknya yang berusia 4 tahun sendirian dalam kereta di shopping complex. Anaknya noty sket..so disebabkan rasa susah nak bwk anak shopping skali die pun tinggalkan anak dalam kereta,bukak air-cond n pesan kat anak lock kete dari dalam. Die pulak leh g shopping lebih sejam. Aje yang giler...!!

Cik Kak tu tak fikir ke dibuatnye orang jahat pecahkan tingkap kereta die pastu bwk lari dgn anak die skali..takpun anak die dah tak tahan nak berak ke, nak kencen ke, pastu kuar je..takpun anak die bosan tetibe rasa tingin nak bawak kereta cam F1..time tu baru ada akai??

Satu lagi kes suami saya yang cerita. Seorang ayah yang bijak bestari tinggalkan anaknya yang berusia dlm 2-3 tahun atas motor SKUTER dengan enjin masih hidup. Apa lagi budak tu pun pulas la minyak..motor skuter beb,takyah nk masuk gear..boleh bayangkan tak cane si kecil tu TERPELANTING ? Bayangkan pulak tahap kebangangan si ayah tadi tu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...