Tuesday, April 5, 2011

Aku Terkena Buatan Orang..??

Semalam Kak Yang n family datang makan malam di rumah. Kami masak bersama, ayam goreng tandoori (rempah made by mak mertue), ikan steam, kacang pis tumis n telur dadar.

Kak Yang pernah bercerita tentang Umi (babysitter kpd anak bongsunye) yang baru-baru ni disahkan doktor menghidap kanser rahim. Sepatutnya perlu dibedah bulan ni, tp Umi mntak tangguh krn ingin berubat secara tradisional.

Smlm Kak Yang cite yang Umi baru sahaja berjumpa dgn dua orang bomoh Indon. Menurut bomoh tu Umi terkena buatan orang, lebih kurang santau i guess. 'Dihantar' oleh sedara sendiri. Sedara sebelah suaminya yang memang ada rasa tak puas hati dgn Umi. Patutlah perut Umi buncit.

Wow dunia..SANTAU? We can still found diz type of story today.

Saya pun pernah dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar kepala baby, seberat lebih kurang 1.5kg. Tumor yang tumbuh dan mengakibatkan kanser Ovari atau dipanggil Immature Terratoma. Dalam tumor atau ketumbuhan yang dikeluarkan doktor, ada isi-isi menyerupai rambut, kuku dan gigi di dalamnya yang saya kandung selama hampir setahun tanpa saya sedari. Bila saya ceritakan pada sorg kakak, terus kakak tu kata.."HAAHH..KUKU? KO NI SAH KENE BUATAN ORANG" Saya cuma senyum je. Memang dari konteks santau, pemangsa menghantar benda-benda tajam termasuk kuku kepada mangsa. Saya bukan tak percaya pada benda2 mcm tu, tp kurang faham.

Terkena buatan orang selalunya sbb orang sakit hati, dengki atau yang sewaktu dengannya. Bila dah dengki tahap dewa, jumpa bomoh siam hantar santau. Sayang sayang sekalian, bomoh siam ke, bomoh Indon ke, bomoh Uganda skali pun, tiada yang kuat yang dapat melawan kuasaNya. Segala santau ke ape ke yang dihantar takkan jadi melainkan dengan izin Allah SWT. Kalau Allah SWT tak izinkan, hantarlah santau pakai machine gun skalipun, takkan terjadi.

Setakat ini, saya dah pergi sejauh Kelantan untuk berubat secara tradisional. Hospital, hospital jugak, berubat kampung, kampung jugak. Yang penting jgn berhenti berikhtiar. Baru sorang akak yang kata saya terkena buatan orang, walaupun akak tu bukan bomoh pun. Biar 10 orang bomoh pun kata saya terkena buatan orang, saya tetap katakan dugaan dan sakit tu semuanya dengan izin Allah SWT. Dia Pemberi dan Dia Penawar.

Even takde orang yang hantar santau pun, kalau Dia nak bagi dugaan, kita akan tetap dapat sakit. Santau tu cuma 'penyebab' je. So kepada sape2 yang terkena buatan orang, jgn mudah rasa down.

* Bomoh santau menggunakan syaitan sebagai perantara. Jadi selagi kita berlindung dengan nama Allah SWT, percayalah kita lebih kuat dari bomoh santau itu sendiri.
* Jangan mudah percaya dengan bomoh-bomoh yang boleh bagitaw sape-sape yang hantar santau pada kita. Secara logiknya, mana dia taw sape orangnya? Sapa yang bagitaw die? Jin die ke? Apa hukum berkawan dengan jin? Ke sebab die jugak hantar, dats y die taw sape yang hantar. 

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Wallahua'lam.

Apa-apa pun, tak kira sakit apa, santau ke, kanser ke, tibi ke, cirit-birit sekalipun, semuanya datang dari Allah SWT, bukan bomoh siam, jiran sebelah rumah atau rakan sekerja. Kenapa Allah turunkan dugaan? Kerana Allah SWT ingin menguji kita krn Dia sayangkan kita. Cuba imbas balik zaman Rasulullah SAW dulu, Baginda diuji dengan dahsyat skali sedangkan Baginda kekasih Allah SWT. Bila ditimpa bencana, hadapi dengan tabah jgn putus asa. Allah SWT takkan turunkan dugaan pada hambaNya yang lemah, sebaliknya pada yang kuat-kuat je. So sape2 yang ditimpa dugaan tu, be strong. Yakinlah yang anda dipilih Allah SWT  krn anda kuat.

Dalam Surah Al- Baqarah ayat 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

2 comments:

I am DiDa said...

hi...salam singgah dari group.8, & juga memfollow...;P

simpati dgn apa yg terjadi kt awak...Yes! semuanya adalah kuasa yg Maha Esa...wallahualam...

estee_8980 said...

scarynya...selamat berkenalan.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...