Tuesday, April 26, 2011

Review Follower Ke-100


Dah lama review sbnrnye tp rini baru nak post.
Ni antara butir-butir beliau..

Bukit Jalil, Malaysia
Seorang isteri kepada Abg K yg penyayang, cool + romantik komedi:-)... lahir, membesar, sek rendah, sek men, matrikulasi, university di negeri yg berbendera MERAH Kuning.. tetapi KINI menetap di Bukit Jalil, Kay El dan berkahwin dgn org Utara tanahair Indera Kayangan...masih menantikan kehadiran si comey permata hati. Seorg yg mementingkan keluarga...., ceria, kelakar, kekadang ada moody tp cepat cool, 3C, yg paling penting suka jln2x & pegi bercuti..juga suka memasak terutamanya mencuba resepi baru. Jatuh cinta dalam dunia blogging dan terjebak dalam geng CGL.

Blog yang simple, tak berat kepala nak baca.
Followers dah lebih 500 pun.
Jom singgah..=)

Monday, April 25, 2011

Pengalaman Diterjah MLM Gulung Tikar

Sepatutnya arini dah dapat gaji, tp dwet dlm akaun aku takde penambahan pun.
Maybe sbb bulan ni HQ yang bayar gaji aku.
Proses pertukaran dari Ipoh ke HQ mmg byk pusing.
Takpe redho je, dwet simpanan yang ada cukup je, insyaAllah.

Tetiba hati terdetik..sonoknye kalo dwet masyuk tp goyang kaki.
Wehh..aku penah cuti setahun tapi gaji jalan..full ok takde potong-potong.
Cuti sebab rawatan kimoterapi.
Sekarang alhamdulillah, Allah SWT bagi aku peluang kedua.

Tingat kat sorang kawan yang penah beriya-iya ajak aku join jadi downline die.
MLM. Aku memang lemah bab MLM ni.
Berhari-hari die call n ajak aku jumpe utk dgr briefing die.
At first aku tolak, end up aku dah tahan aku pun pergi je la.

Die datang dgn bf dan ketua die.
Pergh time tu dtg dgn kete2 mewah.
Haruslah..kalo tak cane orang nak pcaya dorg dah berjaya?

Die siap tunjuk slip akaun maybank die yang berjumlah RM17k.
Keuntungan utk 2 bln pertama.
"Akak bayangkan kami bagi duit kat mak ayah di kg RM500 sorg setiap bulan"
"Bulan lepas kami belikan mak ayah perabot jati harga 2ribu cash"
"Saya pakai iPhone g makan kat restoran slumber je letak atas meja ceni ha"
"Pasni kitorg plan nak tukar kereta Mazda RX8"
Pung pang pung pang..cakap tak jatuh.
Balik je aku terus msg bf aku (skrg suami)
Laki aku kate logik ke?

Utk kali kedua, aku bwk bf jumpa dorg.
Kali ni lawak sket.
Adeke g makan kat Johnny's,Alamanda pada hari Ahad dia pakai kemeja n sluar slack?
Ala-ala nak ke opis...cehh..ogak-ogak ar nak berMLM pun.
Yang paling best ayat bf dak  tu..
"Takkan la akak nak tgk bf akak pkai jeans n t-shirt ceni je jalan2?"
Ahahahah..aku banned die,die banned laki aku.
Gile pe? Laki aku pkai kemeja time g opis je..
Pegi Alamanda je kot, perluke pkai kemeja+slack?
Lahai blagaknye, makan kat Johnny's je pun.
Lainla kau bawak kami makan kat hotel 5 bintang.

Modus operandi nye senang.
Ayat dorg yang buat aku nak termuntah hijau adalah..
"Kita tak guna duit kita, kita guna duit bank"
Itu ayat dorg, tp ayat yang sebenarnya..
BUAT LOAN DENGAN BANK
Bijak..bijak..
Borang pe sume dorg dah siapkan.
Interest loan 7% ok...aku beli kete pun tak sampai 4.5%

Bila aku decide NOT TO JOIN..
bagai nak gile dorg pujuk aku.
Lepas sorg..sorg..
Jawapan aku..
Saya tak pasti tentang keuntungan tanpa usaha.
Saya tak bekerja, tak jual barang, tak perlu kata apa-apa..
tp dapat duit beribu-ribu setiap bulan.
LOGIK KE?
Sorry..drpd sy buat loan RM50k untuk korg, baik saya bukak taska bergelak ketawa dgn budak-budak.

Tak lama lepas tu aku dapat taw dak tu dah berenti keje.
Orang lain sampai jumpa bomoh nak dapatkan kerja kerajaan
Kau senang2 letak jawatan.
Padahal loan kat bank pun kau blum abes setel lagi.
Siap pakai kete BMW tu.
Huish..mmg dahsyat.
Kalau pegi FB dorg, berlambak la pic dgn kete baru dorg.
Tu blum kire soping handbag n kasut COACH.
Mewah menor le kononnye tu..
Bak kata Amyza Adnan dlm drama DONUT,
Kat Paris, handbag Coach tu promoter-promoter kat pasaraya je yang pakai.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, upenye hujan di tghari.
Tup..tup..cerita psl bisnes MLM dorg kat muka depan akhbar2.
Bukan sbb berjaya, tp sbb MENIPU.
Hahh kau..pe cte?Terus kene banned.

Last-last aku jumpa kau kat Greentown Mall, Ipoh.
Tempat aku n kawan2 makan ais jagung time rehat.
"Rasa rugi tak benti keje?"
"Kete BMW sape bayar?"
"Nampak tak bape lame kejayaan tanpa usaha?"
"Rasulullah SAW kata USAHA, DOA, TAWAKAL untuk berjaya. Bukan GOYANG KAKI DAN TUNGGU DUIT"
Nak je aku tanya, tapi tak sampai hati.
Aku doakan kau dapat kerja yang bleh manjamin masa depan
dan belajar dari kesilapan.

Keratan akhbar Metro.

Info: Ketua dorang bukan bangsa Melayu. Dorang ditipu oleh bangsa lain. Orang kita senang ditipu hanya dgn sogokan kemewahan.

Footnote: Aku tak banned MLM yang ada di Malaysia. Kalau betul caranya, go on. Bantulah yang memerlukan asalkan jangan pijak orang lain. Tapi jangan dekati aku. Heheheh..

GAJI RM3000 LEBIH BANYAK DARI RM10000

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam.

Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya hampir mencecah RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan . Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM600 sebulan.
5. Dia membayar rumah RM600 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya lebih kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air lebih kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

By,
Ahmad Riezal.

Happy Birthday To Me...~ngeee~

Alhamdulillah..semalam lengkap umur aku 27 tahun.
Dah 27 tahun hidup, perlu lebih banyak perubahan yang positif.
Diri dah semakin lalai, perlu lebih dekat dengan Allah SWT.
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmatMu..
dan ampunkan aku kerana aku leka disebalik anugerahMu itu.

Semalam adalah sambutan hari jadi terhebat..
organized by my Hubby.
Even sedikit kelam kabut sbb aku majuk, but u did it succesfully sayang.
Thanx a lot...muah..muah..
-- > aku majuk sbb die tanak blk umah Mak Abah..upenye die dah jemput Mak Abah ke rumah mertua utk celebrate same2...=P

He gathered 2 big happy family n celebrated my birthday on a very fine day.
Menu Nasi Ayam n Nasi Himpit by Mama memang marvellous.
Spaghetti my sweety sis in law Nadia  memang wallah.
Kek Rasberry Choc by Secret Recipe nv failed 2 make me say "Yummy"

Thanx every1 for everuthing...!!

And i got a Perfume n Day n Night Cream as present from my Hubby. It's Lancome..hurmm i love it!!

Gadis Terlampau Mati Dalam Bas

Dipetik dari majalah MANAR ISLAM
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.....'

Nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Best Natural Photos (MasyaAllah)




























Thursday, April 21, 2011

Tips Untuk Laki Bini SAH 3

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
- jangan hangat-hangat taik ayam. at least sehari skali mesti solat jemaah..mesti..

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
- makan satu pinggan je..senang cte. Agak2 tangki besar, makan dlm pinggan besar taruk nasi 7,8 senduk.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
- Kalau terkejutkan dia, buat sampai die melatah dlm sejam setengah boleh tak? Tu pun kire kejutan jugak..

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
- Agak2 takde idea sangat, geletek pinggang die secara tiba2. Tp hati2 jgn sampai terkene siku Haji Leman free2 je..

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
- Jangan ungkit, tapi kenang dan hargai.

Tips Untuk Laki Bini SAH 2

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

- bab ni selalunye bini yang pandai. so bini-bini tolong bagi peluang kat suami sama kay..
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
- i hate politic..tapi layankan aje sbb suami saya kalo bercakap bab politik dah cam YB.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
- howwwhhh..payah ni tp mesti buat...!!
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisinya.
- Try lah..s0n0k gak skali skali layan GP taw..tgk orang lumba motor jatuh golek2 tapi tak cedera pun. Leh slumber angkat motor then lumba balik.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
- Haruslah..lagi best kalau dapat kongsi 1 bantal n 1 slimut...=)

Tips Untuk Laki Bini SAH

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
- wajib buat ok..even dah terlewat sangat..ala takkanlah bersalam cium tangan pun sampai 2 jam setengah kan..

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
- buat bekalan..nanti lama tak jumpa kan..

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
- kot bosan2 takde keje kat opis, kasi call laahh..drpd dok ngumpat gn kawan2. Tp jgnlah nak bergayut lama sgt, laki pun banyak keje lain nak buat bukan nak layan awak je.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you dgn sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
- nak lagi romantik ckpla i love like crazy bebeh..takpun buat video klip 10 saat depan die nyanyi sket "siang ku sasauu..gilakan kau.."

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
- tak kesahlah makan pagi ke, makan malam ke..janji without anak-anak. Kalau dah takde mase sgt, balik keje amek bini singgah petrol pump beli eskem makan sama2 dlm kete.

Dimana Keris Taming Sari?

Taming Sari adalah seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit.
Taming Sari merupakan seorang panglima yang paling handal ketika itu
Beliau telah ditugaskan untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata.
Ini kerana beliau memiliki sebilah keris yang dikatakan keramat.
Sang Adi Putera ialah guru pertapaan Hang Tuah.
Beliau memberitahu bahawa hanya keris tersebut yang dapat membunuh Taming Sari.
Pada hari pertarungan, Hang Tuah telah berjaya merampas keris milik Taming Sari.
Beliau menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Oleh itu Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah.
Keris keramat itu dinamakan "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka.
Hang Jebat juga telah menggunakan keris yang sama menderhakai Sultan Melaka.
Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari.
Dalam pertarungannya yang terakhir, Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari dari Hang Jebat.
Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat menggunakan keris tersebut.
Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, Keris Taming Sari hilang entah kemana
Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah.
Kerana gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka.
Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak.
Kemudian disimpan oleh keturunan raja-raja Perak.

Ada juga mitos mengatakan Hang Tuah telah mencampakkan keris tersebut ke dalam laut.
Ini kerana beliau sesal selepas membunuh saudaranya Hang Jebat menggunakan keris itu.
Kerana keris itu juga berlaku banyak pertumpahan darah di tempat mereka.
Kemudian Hang Tuah menggantikan Keris tersebut dengan keris palsu.

Dimana sebenarnya Keris Taming Sari?

Wednesday, April 20, 2011

Makcik Menang Motor !!

Muahahahahahaha..
Tak abes-abes lagi gelak ni.
After 10 days leave melayan ayam p0x
Saya cek emel outlook yang melambak-lambak
Kat umah cek mel yahoo n facebook je
Blogging pun takde mood
Tak reti la nak berblogging sambil garu-garu cam beruk..
Yang paling best..
hahahahahaha..
Walaupun motor bukan hadiah sebenar..tapi makcik tetap menang..

Nilah Puan Organizer si kakak comel (puji kene lebey)

Pic Paling Sempoi anjuran Puan Zulaikha

Ritu masuk contest Jangan Pandang Camera
Tak menang pun..dapat masuk final je
Contest 4 sebab langsung lee...haramm..


Ini lah gambar gedix nye..

Filem Kita vs Filem Orang

Semalam menonton cerita Source Code.
Memang best..
Kagum dengan otak orang luar.
Boleh buat filem yang tak pernah terlintas dalam fikiran kita.
Susah nak explain sinopsis cerita ni.
But i strongly suggest u 2 watch it.

Even belum boleh beat kehebatan cerita Avatar
Source Code masih layak menerima two thumbs up.
Bilalah Malaysia nak keluarkan filem berkualiti camtu?
Setakat ni KRU telah berjaya menghasilkan filem yang luar biasa.
Tahniah.

Saya dah bosan dengan filem cinta yang gunakan skrip skema.
"Oh tidak Fendi, janganlah kau lukakan hatiku ini lagi"
Yeewww..tolonglah berpijak di bumi yang nyata.

Dulu lepas tonton filem Avatar, saya terus beli tiket filem Duhai Si Pari-pari pada hari yang sama.
Kononnya nak support filem tempatan.
Tapi kecewa..spoil mood Avatar je.
Bayangkan lepas tengok filem Avatar yang best nak mati tu
Mood saya dirosakkan oleh filem Malaysia yang merepek tu
Gosh..slow n sangat bosan
Bukan tanak support Malaysia, tp tolonglah jangan buat filem yang sebegitu 'ttuuttt'

Bulan Mei ni ada banyak sangat filem keluaran anak muda Malaysia
Antaranya filem KONGSI arahan Farid Kamil
Lu Langsi, Lu Mati
Tengok trailer cam best
Hopefully memang best
Sebab orang muda yang mengarah
Jadi idea haruslah freshhhh ok..
Skrip tak perlu skema

Lagi satu filem Sekali Lagi
Haruslah tonton sebab ada si sengal SAM...hihihihi..
ok jom support filem Malaysia
Smoga ada banyak pembaharuan dan perubahan

Full Tapi Kosong.

Tamatlah sudah chicken pox.
Seksa..dah tua bangka baru nak kene.
Kata doktor.."Kalau kene time kanak-kanak, tak teruk sgt. Tapi bila dah dewasa, it's quite critical. Must be very careful. Do not scratching or u'll get permanent scar"
Saya tetap garu n korek2.
Sebab gatal dan tak boleh tahan.
Scar? Takpelah, saya dah kawen..hihihihihi..

Actually bukan nak cite psl scar or chicken pox.
But i wanna tell u about cinema.
I end my 10 days leave with SOURCE CODE.
Best..two thumbs up.
But still..cant beat Avatar ok..

No wonder d ticket selling so fast.
Berjaya beli tiket after 3rd times trial.
Asek full je..
Yang peliknya, when i was in d cinema..
BANYAK SEAT KOSONG.
It's GSC Alamanda, Putrajaya.
Tipu ke?
Kate full tapi kenapa banyak kosong?
Strategy ke? Motive?

Thursday, April 14, 2011

Chicken Pox..sekian time kaseh!!

Lama tak updated blog.
Almost a week i guess.
Busy layan chicken pox.
Ya Allah..memang perit.
Penuh satu badan..paling best naik muke..hihihi..
Perghh..nilah rupe aku bile muke penuh jerawat.
Banyak petua dari kawan2..thanx banyak2.

Just wanna share some petua bile kene chicken pox.
1. Kalau tanak merebak, sapu dengan tepung ubi. InsyaAllah cepat kering dan tak sempat nak pecah pun.
2. Ambil gambir dan asahkan pada pasu or lesung batu. Ambil serbuknya campur sedikit air dan buat macam ubat sejuk. Tempelkan pada gelembung2 tu.
3. Mandi dengan air bancuhan sagu.
4. Tidur berlapik daun semambu.

Friday, April 8, 2011

Katak Dalam Sayur

Jangan sampai terbeli katak okayy...!!
Sekian harap maklum.

My 31 Minutes Survey...(i tagged KAMOO yg bosan)

Instruction: Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.


Starting time : 10.54 am


Name : Ainul Adila Binti Musa
Brother(s) : yup! Got 2
Eye colour : bnw (ihik)
Shoe size : 5..sumtimes I wear 4 or 6..huh?
Hair : d most on my head..hakhakhak!!
Piercings : nop!
Height : 157 i guess..

What am I wearing right now : grey baju kurung + Esprit jacket + JPM jacket..well it’s killing cold rite here..
Where do you live : currently in Putrajaya.
Favourite number : f.o.u.r
Favourite drink : orange apricot slushie..yummy
Favourite month : MONTH(S) can ar? Ramadhan n Syawal
Favourite breakfast : Mak’s delight n hvng it with my famly.



Have I ever -



1. Broken a bone – neva
2. Been in a police car – neva
3. Fallen for a friend – my ego say neva =P
4. Fallen for a guy/girl in a short period of time – yess
5. Swam in the ocean – owez wish to.. :(
6. Fallen asleep in school – yes n dat activity continues in ofic.
7. Broken someone's heart – maybe yes..with no intention..
8. Cried when someone died – many times..=’(
9. Sat by the phone all night waiting for someone to call – was on my zaman mude remaja…heheheh!!
10. Saved e-mails – off course
11. Been cheated on – off course



What -



1. Does your room look like : heaven
2. Is right beside you : unoccupied chair
3. Is the last thing you ate : golden nugget cake..got it free frm secret recipe last nite..yummy



Ever had -


1. Chicken pox : not yet
2. Sore throat : many times
3. Stitches : yeahh..so obvious scar
4. Broken nose : nop



Do you -



1. Believe in love at the first sight : mmm..no lah..
2. Like picnics : yeahh..yeahh..yeahh..



Who -



1. Did you last yell at – my hubby..he was screaming like hell when I poked him last nite..hahahahah!!
2. Was the last person you danced with – Ahmad Farhan
3. Last made you smile – my hubby..juz got a call from him..=)



Final Questions



1. What are you listening to right now – lenka..trouble is a friend.
2. What did you do today – drove 2 work, blogwalking, breakfast
3. Are you the oldest – no..2nd younger
4. Indoors or outdoors – both will do


Today did you -



1. talk to someone you like – haruslahh
2. Kiss anyone – yes..malu..=P
3. Sing – I am..
4. Talk to an ex – no.
5. Miss someone – yess..
6. Eat – my fevret



Last person who -



1. You talked on the phone – En. Ahmad Farhan
2. Made you cry – rahsiee..
3. Went to the movies with – again..En. Ahmad Farhan.
4. Went to the malls with – same guy plzz..
5. Cheered you up – yess..it’s him again..



Have you -



1. Been to Mexico – no
2. Been to USA – and no..





Random-



1. Have a crush on someone – haruslahh..
2. Books that you're reading – Kisah-kisah Para Nabi dan RAsul
3. Best feeling in the world – listening 2 zikrullah.
4. Future kids names – hmm..no idea..
5. Do you sleep with a stuffed animal – no..mak wont let it be
6. What's under your bed – TOTO!!
7. Favourite sports – futsal.
8. Favourite places – blue..blue..sky
9. Who do you really hate – do I hv to?
10. Do you have a job – yes..alhamdulillah.
11. What time is it now – 11.25 am


With however long you took, post as "My __ Minutes Survey" and tag 15 people.

Yess..i tagged KAMOO!!

Thursday, April 7, 2011

Rule Of Thumb

Membuat sesuatu berdasarkan kaedah yang telah dibuktikan berjaya atau berguna.


Maksudnya adalah melakukan sesuatu dengan menggunakan method atau approach yang sama, yang dah sah-sah berjaya dan berguna sejak dahulu.

Contoh ayat:
" His DNA has been taken on the year 1998. No need to request for new DNA because as a rule of thumb, we will use the past DNA. Someone's DNA won't change for even thousand years"

See How The Land Lies

Meneliti sesuatu dengan rapi sebelum mengambil sebarang keputusan atau tindakan.

Bagi sailors, ayat ni means utk mengetahui dimana kedudukan kapal mereka apabila berada di laut.
Tapi, untuk kita maksudnya siasat terlebih dahulu sesuatu perkara. LOOK CAREFULLY TO LEARN EVERYTHING POSSIBLE ABOUT IT before ambil sesuatu keputusan atau tindakan.

Gambar sekadar hiasan.

Contoh ayat:
"We have to see how the land lies before making an assumption about the stupid news"

RM350 Sebulan Untuk 4 Kepala..Cukupke?

Kurang sikit dengar orang bising bile harga RON97 naik lagi baru-baru ni..sbb sume sibuk dgn kes video seks bangang. Kirenya kes video seks bangang tu sedikit sebanyak telah berjaya menutup cerita kenaikan minyak la..bagus..bagus..

Lepas ni ramaila peniaga amek kesempatan naikkan harga barang. Minyak naik 20sen, dorg pun naikkan harga barang 20sen. Biasanya camtulah, padahal belum tentu dorg pkai RON97 pun.

Bila harga barangan itu dan ini dah naik, bertambah ramailah manusia yang stress. Sbb bila harga barang naik 3-4 kali pun, gaji tetap tak naik-naik. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Tension, duit tak cukup nak sara anak bini, paling koman pun dera anak, pukul bini. Cikgu hilang pertimbangan belasah murid sampai  mati. Paling senang cerita gantung diri. YESS!! Masuk paper tajuk berita muka depan skali.

Ada orang tu kerja di 'tuutt' selama 3 tahun. Gaji RM1300. Bayar duit kete RM350. Kene beli kereta jugak sbb nak hantar anak2 g skolah, tak lalu bayar tambang bas sekolah pun mahal giler skrg ni. Slamat beli kereta 2nd hand je, so murah sket. Bini tak kerja, dok umah jaga anak sebab nursery skrg amek upah jaga baby RM250 sebulan. Pastu kalo nak hantar nursery kene bekalkan pampers pulak, pampers skrg RM36++. Bayar sewa umah RM600, paling murahlah kalo dok KL. Duit petrol sebulan RM200. Tinggallah baki gaji RM150 untuk tangggung sorang bini dan 2 orang anak. Baru 2 anak..So bini pun buatlah kerja sampingan menjaga anak orang di rumah. Dapatlah side income lagi RM200. RM350 sebulan..tulah duit beli barang dapur, buku anak, susu baby, ubat-ubatan. RM350 untuk 4 kepala ok.

Nak salahkan sape? Salahkan die sbb dulu malas blaja, sbb tu keje cikai, gaji sket. Sekarang ni kalo nak idup senang, kene blaja tinggi2.Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Dah tu nak salahkan sape pulak eh? Tepuk dada tanya selera..takde selera dah pun sekarang ni..

Wednesday, April 6, 2011

Tips Ambil Hati Mak Mertua

Tips untuk yang dah ada mak mertue dan bakal ada mak mertue.

* Ketika berkunjung bawak buah tangan. Masaklah masakan kegemaran dia dari rumah. Kalau tak pandai masak, bawakan buah-buahan kegemarannya.

* Rajin-rajin call tanya khabar. 5 minit pun takpe asalkan call.

* Kenali mak mertua. Tanya suami apa kegemaran ibunya. Katakan dia suka berkebun, belilah selori baja bunga dan hantarkan ke rumah (contoh je tu).

* Jangan sesekali memarahi anaknya di hadapannya. Layanlah suami kalau boleh lebih baik dari layanan ibunya, tp janganlah sampai berpeluk2 tergolek2 dpn mak mertua. Getik pulak die nanti..

* Rajin-rajin tolong mak mertua di dapur, jgn bangun lewat. Kalau tak pandai masak, tolonglah kemas dapur ke, cuci periuk belanga, tolong hidang makanan ke. Lagi bagus kalau mintak mak mertua ajarkan masak. Puji-pujilah sikit masakannya..

* Bila tiba Hari Ibu atau Hari Lahir mak mertua, jadilah antara yang pertama memberi ucapan.

* Hadiahkan kain pasang, tudung, brooch mak datin, pinggan mangkuk sarat corak bunga, dan apa2 jelah. Takyah tunggu hari jadi..


okay..saya nampak poyos..


* Banyak-banyakkan puji mak mertua. "Hmm..sedapnya mak masak, nak mintak resepila.." "Canteklah mak pkai baju ni, macam Saripah Eni mase mude2.." "Kadang-kadang tgk mak dari jauh tak ubah mcm Era Pazira.." (ok yang tu over..)

* Bawak2 bersembang, jgn diam seribu bahasa. Paling penting jaga pertuturan. Takde idea nak start topik ape? Korek2lah keletah anak2nya masa kecik (especially suami kita), tanya tentang pekerjaan atau aktivitinya masa muda, mintak resepi masakan, apa2 jelah..

* Sesekali bawaklah mak mertua g shopping or makan kat restoran-restoran best.

* Pandanglah mak mertua seperti memandang mak kandung. Sayanginya seperti menyayangi mak sendiri. Yang penting setiap kali bersalaman, peluk dan ciumlah kedua-dua belah pipinya.

Budak Hilang : Ibu Bapa Cuai atau Anak Noty ?

Budak umur setahun sembilan bulan hilang sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat selepas 20 jam. Alamak..cane leh hilang ni? Ibu bapa yang cuai atau anak yang noty?
Ingat tak tahun lepas ada kes 2 orang anak dilarikan bersama kereta sekali? Masa tu kereta ditinggalkan di tepi jalan ketika enjin masih hidup. Alasan anak-anak tidur dan bapa hanya keluar sekejap. Kecoh 1 Malaysia.

Masa tgh kecoh-kecoh tu, saya pernah terdengar topik pagi di hot.fm yang membincangkan tentang kecuaian ibu bapa. Ada sorg caller dgn bangganye bagitaw yang die selalu tinggalkan anaknya yang berusia 4 tahun sendirian dalam kereta di shopping complex. Anaknya noty sket..so disebabkan rasa susah nak bwk anak shopping skali die pun tinggalkan anak dalam kereta,bukak air-cond n pesan kat anak lock kete dari dalam. Die pulak leh g shopping lebih sejam. Aje yang giler...!!

Cik Kak tu tak fikir ke dibuatnye orang jahat pecahkan tingkap kereta die pastu bwk lari dgn anak die skali..takpun anak die dah tak tahan nak berak ke, nak kencen ke, pastu kuar je..takpun anak die bosan tetibe rasa tingin nak bawak kereta cam F1..time tu baru ada akai??

Satu lagi kes suami saya yang cerita. Seorang ayah yang bijak bestari tinggalkan anaknya yang berusia dlm 2-3 tahun atas motor SKUTER dengan enjin masih hidup. Apa lagi budak tu pun pulas la minyak..motor skuter beb,takyah nk masuk gear..boleh bayangkan tak cane si kecil tu TERPELANTING ? Bayangkan pulak tahap kebangangan si ayah tadi tu...

Tuesday, April 5, 2011

Why I Don't Like To Visit Rich People?

Rehat jap..penatlah hari ni..

1. Penat sbb jauh berblogwalking. Abg Ben punya segmen la ni..
2. Penat menghadap masalah problem Outlook ni. Ada 9 emel Q, dari pagi td baru sampai 1 je.
3. Kene cari GDP n Household Savings for Canada, Netherlands and Indonesia. Banyak figure yang saya dapat, mane 1 yang betul??

Slamat dapat emel yang best..so i would like 2 share it..

That’s y I don’t like to visit rich people…
 Once when visiting a very rich friend of mine , the maid approached me and asked me ......

1- Question : What would you like to have for a drink, fruit juice, soda, tea , hot chocolate, cappuccino, frappuccino or coffee?
Answer: Tea please.
2- Question : Ceylon tea, Indian tea, herbal tea, bush tea, honey bush tea, iced tea or green tea ?
Answer : Ceylon tea please
3- Question : How would you like it? black or white?
Answer : White
4- Question : Milk or fresh cream?
Answer : With milk
5- Question : Powdered milk or fresh milk ?
Answer : Aah , fresh .
6- Question : Goat's milk or cow's milk?
Answer : cow's milk please .
7- Question : Freezeland cow or Afrikaner cow?
Answer: umm , think I'll just take it black
8- Question : would you like it with a sweetener, sugar or honey or without ?
Answer : with sugar
9- Question : beet sugar or cane sugar ?
Answer : cane sugar
10- Question : white, brown or yellow sugar?
Answer: Oh ya , forget about the tea , just give me a glass of water instead .
11- Question : mineral water , tap water or distilled water?
Answer : mineral water
12- Question : flavored or non-flavored?
Answer: I think I'll just die of thirst !!!
13- Question : How do you choose to die sir? !!!

Hahahahah..merepek lahh..

Aku Terkena Buatan Orang..??

Semalam Kak Yang n family datang makan malam di rumah. Kami masak bersama, ayam goreng tandoori (rempah made by mak mertue), ikan steam, kacang pis tumis n telur dadar.

Kak Yang pernah bercerita tentang Umi (babysitter kpd anak bongsunye) yang baru-baru ni disahkan doktor menghidap kanser rahim. Sepatutnya perlu dibedah bulan ni, tp Umi mntak tangguh krn ingin berubat secara tradisional.

Smlm Kak Yang cite yang Umi baru sahaja berjumpa dgn dua orang bomoh Indon. Menurut bomoh tu Umi terkena buatan orang, lebih kurang santau i guess. 'Dihantar' oleh sedara sendiri. Sedara sebelah suaminya yang memang ada rasa tak puas hati dgn Umi. Patutlah perut Umi buncit.

Wow dunia..SANTAU? We can still found diz type of story today.

Saya pun pernah dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar kepala baby, seberat lebih kurang 1.5kg. Tumor yang tumbuh dan mengakibatkan kanser Ovari atau dipanggil Immature Terratoma. Dalam tumor atau ketumbuhan yang dikeluarkan doktor, ada isi-isi menyerupai rambut, kuku dan gigi di dalamnya yang saya kandung selama hampir setahun tanpa saya sedari. Bila saya ceritakan pada sorg kakak, terus kakak tu kata.."HAAHH..KUKU? KO NI SAH KENE BUATAN ORANG" Saya cuma senyum je. Memang dari konteks santau, pemangsa menghantar benda-benda tajam termasuk kuku kepada mangsa. Saya bukan tak percaya pada benda2 mcm tu, tp kurang faham.

Terkena buatan orang selalunya sbb orang sakit hati, dengki atau yang sewaktu dengannya. Bila dah dengki tahap dewa, jumpa bomoh siam hantar santau. Sayang sayang sekalian, bomoh siam ke, bomoh Indon ke, bomoh Uganda skali pun, tiada yang kuat yang dapat melawan kuasaNya. Segala santau ke ape ke yang dihantar takkan jadi melainkan dengan izin Allah SWT. Kalau Allah SWT tak izinkan, hantarlah santau pakai machine gun skalipun, takkan terjadi.

Setakat ini, saya dah pergi sejauh Kelantan untuk berubat secara tradisional. Hospital, hospital jugak, berubat kampung, kampung jugak. Yang penting jgn berhenti berikhtiar. Baru sorang akak yang kata saya terkena buatan orang, walaupun akak tu bukan bomoh pun. Biar 10 orang bomoh pun kata saya terkena buatan orang, saya tetap katakan dugaan dan sakit tu semuanya dengan izin Allah SWT. Dia Pemberi dan Dia Penawar.

Even takde orang yang hantar santau pun, kalau Dia nak bagi dugaan, kita akan tetap dapat sakit. Santau tu cuma 'penyebab' je. So kepada sape2 yang terkena buatan orang, jgn mudah rasa down.

* Bomoh santau menggunakan syaitan sebagai perantara. Jadi selagi kita berlindung dengan nama Allah SWT, percayalah kita lebih kuat dari bomoh santau itu sendiri.
* Jangan mudah percaya dengan bomoh-bomoh yang boleh bagitaw sape-sape yang hantar santau pada kita. Secara logiknya, mana dia taw sape orangnya? Sapa yang bagitaw die? Jin die ke? Apa hukum berkawan dengan jin? Ke sebab die jugak hantar, dats y die taw sape yang hantar. 

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Wallahua'lam.

Apa-apa pun, tak kira sakit apa, santau ke, kanser ke, tibi ke, cirit-birit sekalipun, semuanya datang dari Allah SWT, bukan bomoh siam, jiran sebelah rumah atau rakan sekerja. Kenapa Allah turunkan dugaan? Kerana Allah SWT ingin menguji kita krn Dia sayangkan kita. Cuba imbas balik zaman Rasulullah SAW dulu, Baginda diuji dengan dahsyat skali sedangkan Baginda kekasih Allah SWT. Bila ditimpa bencana, hadapi dengan tabah jgn putus asa. Allah SWT takkan turunkan dugaan pada hambaNya yang lemah, sebaliknya pada yang kuat-kuat je. So sape2 yang ditimpa dugaan tu, be strong. Yakinlah yang anda dipilih Allah SWT  krn anda kuat.

Dalam Surah Al- Baqarah ayat 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Monday, April 4, 2011

Finally..

Lat Kampung Boy The Muzikal, tak rugi menonton. Even bukan beli tiket yang berharga RM200, tp berbaloi-baloi. Awie as Lat, Atilia as Faezah (Lat's wife), Jalil Hamid as Lat's dad, lakonan yang hebat. Lakonan budak-budak masa Lat kecik lagi best. Two thumbs up!! Patut dilanjutkan tayangan ni..hurmm..


Kami tiba awal di tempat kejadian sbb g pusing2 KL dlu. Masa nak collect ticket, terserempak gn Awie tgh lepak2. Pe lagi, snap some pic. Well, he's 'cute'. Ahax!! B4 start kami makan dlu kat cafe, jumpa la plak dgn Hans Isaac, Jalil Hamid, Omar Abdullah. Ayyamm..bermacam ayam..sempoi abang ayam tu. Tak macam artis pun, at first i thought he was d cafe staff...hikhikhik..



Kami bertuah sbb hari tersebut Datuk Lat n Pak Lah ada menonton skali. So off course la lakonan hari tu yang terbaeekk sbb ada special guest kan. Anyway, Lat Kampung Boy The Muzikal terbbaeekk!! Keep it up Hans n Harith!! I m proud 2 b Perakian!!

Saturday, April 2, 2011

Contest : Pic Paling Sempoi


Aje gemor masuk contest ye...
Again..m tagging myself..tak ngape ye Cik Organizer?


Inilah pic paling sempoi yang saya ada..sempoi ke? Sempoi pe..?
Ngape sempoi?
Ate tak sempoi ke gini?
Giler sempoi n slumber ktorg meredah satu Ipoh pakai baju ala2 Sarip Dol n Cik Salmah ni..
Melayu, Cina, India pandang je..
Orang Asli pun tersengih-sengih tengok kitorg..
Kitorang pun sengih balik sambil kate...
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

Heheheh..jom Kak Zue, Yati, Emily..
Join contest ni..

F1 di Putrajaya

F1 at Putrajaya. Terbaeekkk...Disertai oleh Team Lotus bertujuan untuk menyemarakkan perlumbaan F1 di litar Sepang bulan ni. Woww..pilot saya dah bersuara nak pegi.

Syok jugak tgk Ferarri, Lamborghini, Integra n kete pe tah lg drifting di jalan raya tadi.Orite sume, kumpul dwet dari skrg, ade rezeki kite jumpe di Sepang. Cewwaahhh..


Adam n my sis

Baju baru beli semalam..hehehehehe..


Lamborghini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...