Friday, March 11, 2011

Penggunaan Bekas Polisterin Penyebab Kanser

Hari-hari kita 'tapaw' makanan menggunakan bekas polisterin. Pagi-pagi beli teh tarik guna plastik. Anak-anak pegi sekolah bawak minuman dengan bekas air plastik. Sedar atau tak, semua tu adalah salah satu punca utama yang membawa kepada penyakit2 merbahaya seperti kanser. Selain tu, penggunaan plastik yang berlebihan juga mengakibatkan kerosakan bumi.

Jadi, lepas ni kalo 'tapaw' makanan, gunalah bekas yg dijamin kualitinya seperti jenama TUPPERWARE. Biar mahal, asal selamat. Duit boleh dicari, tapi kesihatan tak boleh dibeli.

Bagaimana membeli bekas minuman atau makanan yang betul?

Senang je..terbalikkan bekas dan kita dapat lihat ada simbol2 seperti di bawah ni.




Penjelasannya:


1. PETE (polyethylene terephthalate)
Keadaannya yang jernih dan boleh dilihat isi kandungannya ,selalunya digunakan untuk botol plastik seperti botol air mineral atau botol air gas. Bahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja,kadang-kadang di rumah, kita akan menggunakan semula botol tersebut dengan menambahkan air suam kedalamnya,ini boleh memberi kesan jangka panjang seperti kanser.

2. HDPE (high density polyethylene)
Selalunya digunakan pada botol susu yang berwarna putih susu. Apabila kita hendak beli botol susu digalakkan lihat dahulu kualiti dan jenis botol susu itu, kalau boleh yang disahkan keselamatan penggunaannya.

3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
Digunakan pada plastik pembungkus dan botol-botol ,ia akan menyerap pada makanan jika dipanaskan. PVC berpotensi mengakibatkan kesan bahaya pada ginjal dan hati.

4. LDPE (low density polyethylene)
Biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat menyimpan makanan.

5. PP (polypropylene)
Adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk meletak atau menyimpan bahan makanan dan minuman .biasanya boleh didapati pada botol transparen yang tidak jernih .Kita digalakkan mencari simbol seperti ini apabila membeli barangan buatan plastik.

6. PS (polystyrene)
Kebanyakkannya digunakan sebagai bahan membungkus makanan, Bahan Polystyrene boleh memresapkan styrine ke dalam makanan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf.



7. Other (biasanya polycarbonate)
Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosak sistem hormon. Kita digalakan menghindari bahan plastik Polycarbonate.



Sebaiknya gunakan bekas yang ada simbol BPA Free. Itu yang terbaik. Confirm bleh guna berulang-ulang kali. Mahal sikit je..tp boleh guna lama.





1 comment:

Farha said...

saya pon baru study pasal bende ni. memang menakutkan kalau dah tau. terus saya buang bekas minuman saya tadi. huhuhuuhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...