Friday, March 4, 2011

Kenapa Panas Baran?

Pernah suatu hari saya bertembung dengan seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 50an. Dia mengadu tentang sikap anak perempuannya yang berusia awal 30an tp masih bujang.

Anak perempuannya kerap melawan dan berkasar. Saya kenal dengan anaknya itu tapi tidaklah terlalu rapat. Orangnya cantik, berkulit putih tapi sikapnya baran dan kasar. Pantang salah sikit, silap haribulan kita dicekiknya.

Saya diajukan soalan kenapa anaknya bersikap begitu,dimanakah silapnya mendidik? Saya Cuma mengangkat bahu isyarat tidak tahu. Kemudian, tiba-tiba terpacul dari mulut saya..

“Otak kita memerlukan udara dan darah yang cukup. Udara tu kita panggil oksigen. Bila oksigen cukup, otak dapat berfungsi dengan baik. Fikiran kita juga akan menjadi lebih waras dan tenang. Kalau darah terus mengalir dengan cukup dan baik kepada otak, ia boleh mengelakkan pening kepala dan migraine. Udara dan darah juga dapat menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran. Tapi kalau otak kurang oksigen dan pengaliran darah yang lemah, mentaliti seseorang juga akan lemah. Hati juga tak tenang, tu yang asyik nak marah je. Mungkin anak makcik kurang oksigen dalam otak”

Makcik itu kelihatan sedikit bingung lalu terus bertanya lagi..”Camane nak dapatkan oksigen yang cukup?”

“Minum air banyak-banyak. Dalam air ada oksigen. Tapi yang paling cepat dan bagus, SUJUD. Lagi lama sujud lagi bagus. Banyak darah mengalir terus ke otak”

Makcik berwajah muram, lebih muram dari sebelumnya. “Anak makcik tu dah lama tak jejak sejadah. Kali terakhir makcik nampak dia solat masa sekolah rendah. Solat Hari Raya di masjid beramai-ramai dengan kawan-kawannya, itupun sbb nak kutip duit raya dari ajk masjid”

Wallahu a’lam makcik..


3 comments:

hunybie said...

hurm pernah baca kat artikel mn ntah...
kalau sujud lama2 elok utk memperbetulkan rahim kita n mencantekkan lagi payudara wanita..

Mrs. Amad said...

yess..ble kite bersujud.rahim pun berehat.so ble sakit senggugut pun elok la bersujud..

-->rahim maarof ke rahim razali yang berehat?

Rin_Aff said...

tambah 1 lagi...
org yg peknen asyik gugur jer pun elok wat senaman sujud niii...

dla::rahimah rahim kottt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...