Thursday, March 31, 2011

Keajaiban Al-Quran : Bukti Kandungan Laut dan Tanah di Bumi

Jika perkataan "HARI" disebut sebanyak 365 kali dan perkataan "BULAN" sebanyak 12 kali di dalam Al-Quran, banyak lagi perkataan yang disebut yang mana bilangannya membuktikan sesuatu.

Perkataan "LAUT" telah dicatatkan sebanyak 32 kali manakala perkataan "TANAH" pula sebanyak 13 kali disebut di dalam Al-Quran.

Keajaiban Al-Quran terpancar setelah dikaji bilangan itu menunjukkan laut meliputi Bumi sebanyak 71.11%, sementara tanah pula memenuhi Bumi sebanyak 28.89%. Bagaimana?

Laut (32) + Tanah (13) 


32 + 13 = 45


Laut --> 32/45  x  100 = 71.11%


Tanah --> 13/45  x  100 = 28.89%

Apa yang menarik adalah para saintis telahpun membuat kajian dan membuktikan bahawa Bumi diliputi dengan laut/air sebanyak lebih kurang 70% manakala daratan/tanah pula sebanyak 30%. Perkara ini juga turut dimasukkan di dalam silibus mata pelajaran Sains di sekolah-sekolah.

Ia bukan secara kebetulan. Tidak mungkin terlalu banyak kebetulan di dalam Al-Quran. Sesungguhnya telah terbukti bahawa Allah SWT mewujudkan Al-Quran itu untuk dirujuk dan dikaji. Terdapat segala rahsia isi dunia dan akhirat di dalamnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...