Monday, March 14, 2011

Kad Jemputan : Jangan Main Taram je!!

Kad Jemputan Perkahwinan saya yang konon2 nye nak selari dengan theme kaler white+purple n tema English Style. Nilah hasilnya..



'Jika setiap saat engkau mengingati Allah SWT, dan setiap setiap saat itu juga aku mengingatiNya, bermakna waktu itu kita telahpun menjadi satu kerana bersama-sama mencintaiNya yang SATU. Disitulah selayaknya hati kita bertemu. '

Ini adalah 'pegangan' kami sejak awal perkenalan. Harapan semoga pertemuan, kasih-sayang dan hubungan kami hanyalah kerana Allah SWT, tidak lebih dari itu. Bimbang kalau-kalau terlalu taksub dengan hubungan, membuatkan perhatian kami yang sepatutnya lebih kepadaNYA menjadi tersasar.

Kenapa bukan ayat al-Quran yang saya sematkan dalam kad ini? Saya risau selepas kad ini diedarkan, ayat al-Quran tersebut tidak dipelihara. Kad dicampak atau dibuang merata-rata tanpa disedari sedangkan ada ayat al-Quran. Baca cara-cara melupuskan kad jemputan yang ada ayat al-Quran.




Saya tak pasti sama ada hukum memasukkan perkataan Bismillah sama dengan ayat al-Quran. Tapi ini penjelasan yang saya dapat. Perkataan Bismillah adalah digalakkan, sama seperti menulis surat. Kemudian menjadi tanggungjawab si pembaca untuk memelihara surat atau kad tersebut.

Kesilapan saya..takde no fon..susah2!! Kene ada fon no mak, abah n diri sendiri. Senang kawan-kawan nak call.

Jadi kalau nak buat kad jemputan hati-hati ok, jangan main 'taram' je!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...