Wednesday, March 30, 2011

Jom Makan Cara Rasulullah SAW

Jom teladani cara Rasulullah SAW makan. Ada kaitan dari segi sains.

1. Makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan hidangan berat.

~ Kenapa Rasulullah SAW makan dimulai dengan buah-buahan? Buah-buahan adalah makanan yang mudah hadam/cepat proses sbb banyak serat. Jadi biar buah-buahan berada di kedudukan paling bawah kemudian barulah makanan berat. Senanglah usus nak proses makanan-makanan tu, takdelah berat sangat. Usus pun tak sakit.

2. Dua cuit garam sebelum makan.

~ Sebelum makan, Rasulullah SAW menggaulkan nasi dengan lauk kemudian Baginda makan dua cuit garam dengan jari kelingkingnya. Kenapa? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cuit garam dari jari kita adalah bersamaan dgn satu liter air mineral. Kenapa badan memerlukan sumber mineral? Lumrahnya manusia berasal dari bumi (tanah), jadi mineral yg paling berkhasiat untuk kita.

3. Baca Bismillah sebelum makan.

~ Bakteria telah membuat perjanjian dengan Allah SWT bahawa selepas Bismillah dibaca, maka segala bakteria di dalam makanan akan terhapus. 

4. Makan menggunakan tangan kanan.

~ Kenapa bukan tangan kiri? Kerana tangan kanan mempunyai enzim yang dapat membantu dalam proses pencernaan makanan. (First process of digestion)

5. Kunyah 40 kali.

~ Makanan yang hancur selepas dikunyah sebanyak 40 kali akan membantu usus dalam mencerna makanan. Jadi usus tidak perlu bekerja berat. Perut pun tak sakit.

6. Jilat jari-jemari selepas makan.

~ Jangan malu menjilat jari selepas makan. Sebenarnya di hujung jari kita terdapat enzim yang dapat membantu dalam proses penghadaman. Enzim yang terdapat pada jari mempunyai 10 kali ganda lebih dari air liur kita. Senang hadam, senang proses, barulah tak sakit perut lepas makan.


~SeMaRaKKaN SuNNaH RaSuLuLLaH SAW~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...