Monday, March 7, 2011

Blog - Kayu api = Tongkat

Marahnya makcik..marah sangat. Kadang-kadang saya rasa nak luahkan rasa marah di blog. Tp teringat pesan suami, nak blogging boleh tp jgn ceritakan apa-apa tentang diri sendiri, melainkan benda tu..

1. Tak mengaibkan diri dan keluarga.
2. Tujuan bercerita untuk berkongsi pengalaman.
3. Tujuan bercerita untuk memberi pengajaran
.

Itu pendapat suami, saya sokong. Setiap orang ada pendapat dan masing-masing yakin dengan pendapat sendiri. Even kita tak bersetuju dengan pendapat seseorang, cukup sekadar kita menghormati.

As for me, go blogging n catch the good. Alang2 mengeluarkan idea, biar dpt sesuatu yg baik utk diri sendiri dan orang lain. Bagi saya, blog mereka dengan kehendak mereka dan sukati mereka lahhh..

Marahlah, tp jgn sampai dimarahi.
Meluahlah,tp jgn sampai diluah.
Nasihat dan terimalah nasihat.


Ingat, bila kita dah ‘tiada’, isi kandungan dalam blog ni juga akan dibicarakan di ‘sana’. Waktu kita menghadapi saat ‘tiada’, belum tentu kita sempat padam kata-kata yang menyakitkan dalam blog ni. Jadi, alang2 berblog, tulislah sesuatu yang boleh dijadikan ‘tongkat’ bila kita hampir2 terseradung di ‘sana’. InsyaAllah. Jangan sampai blog jadi kayu api yang membakar kita da 'sana'. wooo..takotnye..Pesanan untuk diri saya sendiri terutamanya!!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...