Thursday, March 31, 2011

LAT : Dari Buku ke TV, Esok Ke Teater.

YESSS!! Sudah jam 4.20 ptg, lagi 20 minit pulangg..Excited sgt sbb esok cuti. Esok cuti sbb nak tgk Teater LAT. Nak tgk Teater LAT sbb die 'peneman' saya masa saya sakit.

Semalam tgk iklan promote LAT di Astro. Awie as LAT pkai wig curly-curly..owhhh, so d LAT br0!! Sabarlah wahai hati..mula2 saya baca buku LAT, kemudian tonton Kartun LAT di TV, esok Teater pulakkk!!


Nilah LAT sbenarnye..orang kampong teman wehhh..

Last week blk kampung sempatlah saya ambil sebahagian dari koleksi buku-buku LAT yang tak sempat saya bawak mase moved out 3 bln lepas. Perlu baca semula. Cartoon Kampung Boy @ channel CERIA mesti teruskan.

MARILAH MENONTON LAT

Keajaiban Al-Quran : Bukti Kandungan Laut dan Tanah di Bumi

Jika perkataan "HARI" disebut sebanyak 365 kali dan perkataan "BULAN" sebanyak 12 kali di dalam Al-Quran, banyak lagi perkataan yang disebut yang mana bilangannya membuktikan sesuatu.

Perkataan "LAUT" telah dicatatkan sebanyak 32 kali manakala perkataan "TANAH" pula sebanyak 13 kali disebut di dalam Al-Quran.

Keajaiban Al-Quran terpancar setelah dikaji bilangan itu menunjukkan laut meliputi Bumi sebanyak 71.11%, sementara tanah pula memenuhi Bumi sebanyak 28.89%. Bagaimana?

Laut (32) + Tanah (13) 


32 + 13 = 45


Laut --> 32/45  x  100 = 71.11%


Tanah --> 13/45  x  100 = 28.89%

Apa yang menarik adalah para saintis telahpun membuat kajian dan membuktikan bahawa Bumi diliputi dengan laut/air sebanyak lebih kurang 70% manakala daratan/tanah pula sebanyak 30%. Perkara ini juga turut dimasukkan di dalam silibus mata pelajaran Sains di sekolah-sekolah.

Ia bukan secara kebetulan. Tidak mungkin terlalu banyak kebetulan di dalam Al-Quran. Sesungguhnya telah terbukti bahawa Allah SWT mewujudkan Al-Quran itu untuk dirujuk dan dikaji. Terdapat segala rahsia isi dunia dan akhirat di dalamnya.

Keajaiban Al-Quran : Perkataan "BULAN" Disebut 12 Kali


Sama seperti bilangan perkataan "HARI" di dalam Al-Quran, bilangan perkataan "BULAN" atau "QAMAR" di dalam bahasa Arab pula telah disebut sebanyak 12 kali.

Fakta bahawa terdapat 12 bulan dalam setiap tahun telah lama terbukti di dalam Al-Quran.

Sesungguhnya Al-Quran benar-benar menyimpan seluruh rahsia alam.

Apakah Makhluk Pertama Ciptaan Allah SWT?

AIR
adalah kejadian/makhluk pertama ciptaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan kami telah menjadikan segala sesuatu yang hidup daripada air”.

- [Surah al-Anbiya': 30]

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap sesuatu diciptakan daripada air”.

- [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban]

Keajaiban Al-Quran : Perkataan "HARI" Sebanyak 365 Kali

PUSINGAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI : 365 HARI

Perkataan 'hari' atau 'al-yaum' dalam bahasa Arab dicatat sebanyak 365 kali di dalam Al-Quran. Bumi juga mengambil masa 365 untuk mengorbit matahari.
Fakta perkataan 'hari' disebut sebanyak 365 kali di dalam al-Quran membuktikan bahawa informasi mengenai Bumi mengelilingi matahari telah lama termaktub sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Sekaligus membuktikan pengulangan perkataan 'hari' di dalam al-Quran berkaitan dengan bilangan hari antara perhubungan Bumi dan matahari.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Al-Quran meliputi seluruh rahsia di langit dan di bumi. Allah SWT menjadikan Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi juga untuk dipelajari dan dijadikan rujukan sepanjang hayat.

Wednesday, March 30, 2011

Meniup Minuman Menjadikan Air Menjadi Asid

Rasulullah SAW melarang kita meniup ke arah minuman atau makanan yang panas. Kalau panas sangat, biarkan sehingga ia sejuk sendiri sebelum menghirup. Baginda juga melarang kita bernafas ketika sedang minum. Baginda menyarankan kita minum seteguk kemudian bernafas.



Tak kisahlah tiup kopi panas ke, teh panas ke, sup panas ke, JANGAN!! Saje2 gatal nak tiup air sejuk pun tak boleh. Pendek kata jangan menghembuskan nafas ke arah minuman. Kenapa?

Apabila kita menghembus, kita akan mengeluarkan karbon dioksida (CO2). Manakala kandungan air pula adalah H2O (hidrogen). Apabila karbon dioksida (CO2) bercampur dengan air (H2O), maka ia akan menjadi H2CO3, kandungan yang bersamaan dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi asid. Lepas minum tergolek sakit perut.

~SeMaRaKKaN SuNNaH RaSuLuLLaH SAW~

Jom Makan Cara Rasulullah SAW

Jom teladani cara Rasulullah SAW makan. Ada kaitan dari segi sains.

1. Makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan hidangan berat.

~ Kenapa Rasulullah SAW makan dimulai dengan buah-buahan? Buah-buahan adalah makanan yang mudah hadam/cepat proses sbb banyak serat. Jadi biar buah-buahan berada di kedudukan paling bawah kemudian barulah makanan berat. Senanglah usus nak proses makanan-makanan tu, takdelah berat sangat. Usus pun tak sakit.

2. Dua cuit garam sebelum makan.

~ Sebelum makan, Rasulullah SAW menggaulkan nasi dengan lauk kemudian Baginda makan dua cuit garam dengan jari kelingkingnya. Kenapa? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cuit garam dari jari kita adalah bersamaan dgn satu liter air mineral. Kenapa badan memerlukan sumber mineral? Lumrahnya manusia berasal dari bumi (tanah), jadi mineral yg paling berkhasiat untuk kita.

3. Baca Bismillah sebelum makan.

~ Bakteria telah membuat perjanjian dengan Allah SWT bahawa selepas Bismillah dibaca, maka segala bakteria di dalam makanan akan terhapus. 

4. Makan menggunakan tangan kanan.

~ Kenapa bukan tangan kiri? Kerana tangan kanan mempunyai enzim yang dapat membantu dalam proses pencernaan makanan. (First process of digestion)

5. Kunyah 40 kali.

~ Makanan yang hancur selepas dikunyah sebanyak 40 kali akan membantu usus dalam mencerna makanan. Jadi usus tidak perlu bekerja berat. Perut pun tak sakit.

6. Jilat jari-jemari selepas makan.

~ Jangan malu menjilat jari selepas makan. Sebenarnya di hujung jari kita terdapat enzim yang dapat membantu dalam proses penghadaman. Enzim yang terdapat pada jari mempunyai 10 kali ganda lebih dari air liur kita. Senang hadam, senang proses, barulah tak sakit perut lepas makan.


~SeMaRaKKaN SuNNaH RaSuLuLLaH SAW~

Kandungan Kalori Dalam Makanan

Check..check..






Extra Info

Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 300 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Tuesday, March 29, 2011

Tips Kurangkan Berat Badan

Dulu size suar saya 33!! Tp sekarang bersaiz 26 setengah..hihihi..Nak taw rahsia?

I dun think i hv 2 tell u about d pic above. Pandai-pandai sendirilah cite pada diri-sendiri wut u hv 2 eat. Tak kesahlah nak makan sayur je ke, nak makan makanan stim je ke, tanak makan nasi ke, tu sume pandai2 sendiri. Sbb kalau diet makan tp tanak excercise pun tak gune.

Wut u hv 2 do is..

First steps..

1. Beli weight measurement atau penimbang berat. Bukan penimbang berat tepung castard ok, tp penimbang berat badan taw. Di farmasi pun ada, price paling murah boleh dapat RM20.

2. Cari baju atau suar yang menjadi kegilaan anda, tp sayang...anda tak boleh nak pkai baju/suar tu sebab kecik, bukan size anda. Kalau takde, beli.

Second steps..

1. Letakkan penimbang berat dan kalendar di tepi katil. B4 tido, timbang berat dan catatkan pada kalendar. Agak2 berat bertambah, esok pandai2lah anda mencatu makanan. Kalau berat berkurang, percayalah anda akan excited giler nak diet lagi pada hari esok.

2. Gantungkan baju or suar kegilaan anda tu di dalam bilik. Kalau boleh di tempat yang senang nampak. Then try setiap hari sampai muat baju/seluar tu.

3. Bangun pagi b4 mandi, buat lompat bintang. Kalau x larat buat lompat bintang, buat lompat katak. Tak pandai buat lompat katak, buatlah lompat gajah pun takpe. Asalkan melompat sampai  ketiak basah.

4. After jam 8 malam, jgn sukesuki nak makan, gula-gula pun tak boleh. Kalau lapar sgt, baring atas katil, baca buku. Baca buku yang membosankan lagi bagus, baca sampai mengantuk petu tido terus, jgn bangun pegi cari makan tgh2 mlm pulak.

5. Untuk yang beragama Islam, jgn missed solat fardhu. Sebab ada nilai terapi dlm setiap gerakan solat.


Senang kan? Cubalah, mungkin membantu. It works on me..

Monday, March 28, 2011

Gempa Bumi Semakin Menghampiri Kita

Gempa Bumi Semakin Menghampiri Kita
     Kiamat



Nak sedia apekebendenye? Jomlah kita sama-sama sediakan 'bekalan' untuk menuju ke 'alam' baru. Jepun yang punya sehebat-hebat teknologi pun tak mampu nak melawan kuasaNya, apatah lagi kita di sini. Jadi marilah kita mengasah dan menggunakan 'senjata' kita sebagai umat Islam. Berdoa jangan pernah berhenti.

NO EXCUSES anymore!! Tanda-tanda kecil semua dah terjadi..

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”

- Sahih Muslim

Jejantas VS Kanser

Setiap tahun Malaysia menerima lebih 4,500 pesakit kanser di seluruh negara. RM9 juta diperlukan setiap tahun untuk menampung kos rawatan mereka.Seorang pesakit memerlukan hampir RM30 ribu untuk satu rawatan lengkap kimoterapi. Banyak kan? Owwwhhh Malaysia, kalaulah perbelanjaan untuk projek bernilai RM10 juta di bawah ni dapat ditukarkan salurannya untuk MAKNA....

Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Kuala Lumpur Convention Centre dan Hotel Impiana KLCC.

Jejantas sepanjang 152 meter dan 5 meter lebar ini dilengkapi air-cond, cctv, escalator dan lif.


Bukan tak setuju, setuju. Pembinaan yang disokong kerana dapat mengelakkan kemalangan maut buat pejalan kaki dan kemudahan yang baik terutamanya buat OKU. But as for me, keperluan pembiayaan perubatan untuk pesakit kanser melebihi keperluan jejantas yang memakan belanja sehingga RM10 juta ni. Apa salahnya buat jejantas ni dengan cut cost pada mana-mana bahagian yang tak perlu dan lebihan cost tu disalurkan pula kepada MAKNA. Tak perlulah lif, bukan bangunan 4 tingkat pun. Tak perlulah escalator, naik turun tangga kan lebih bagus, bleh excercise. Tak perlulah air-cond, open air je pun ok.

Sekadar pendapat, no offense!!

Friday, March 25, 2011

Prihatin : Fatin Azwani

Fatin Azwani Binti Abu Zarin.


Si kecil Fatin, 4 tahun telah menderitai Retinoblastoma (kanser mata) sejak bayi dan telah menjalani satu pembedahan menggantikan mata kirinya dengan retina palsu. Bapa Fatin seorang pemuzik yang cacat penglihatan  meneruskan kehidupan seharian mereka dengan menjual tisu dan bermain muzik.

Marilah membantu dengan menginfaqkan wang atau harta kepada si kecil ini.

Jomlah..jomlah..banyak atau sikit bukan ukuran, tapi hati yang ikhlas jadikan amalan. InsyaAllah sumbangan pada hari dapat kita jadikan 'bekalan' pada hari pengadilan.


Dimana Letaknya KEBAHAGIAAN Sebenarnya?

Love is everywhere in d air. Juz breath in n u'll feel it. Then breath out n u'll spread it around.

Jangan rasa sedih bila dimaki kawan-kawan, jangan rasa marah bila digertak bos, jangan rasa terhina bila disisih jiran-jiran. Jangan jadikan itu semua sebagai pemusnah kebahagiaan kita. Lantaklah orang nak kutuk ke, umpat ke, keji ke, maki ke wutsoever..sebab kebahagiaan kita bukan terletak di tangan orang lain, sebaliknya terletak di tangan kita sendiri. So just smile n motivate urself.

L.o.V.e is RAWK!!

Tapi kebahagiaan orang lain terletak di tangan kita. Spread out your happiness then u'll get more. Kalau nak rasa happy, make peoples around u happy. Buat orang tersenyum, baru kita boleh tersenyum dengan hati yang terbuka. Buat semua orang tertawa, barulah kita boleh tertawa sepanjang hari. Tak caya try lah..

Monday, March 21, 2011

My Shadow

Satu lagi peom kegemaran aku My Shadow by Robert Louis Stevenson. Macam dahsyat je suke poem English ye? Sebenarnya ni poem yang pernah aku baca masa Darjah 2 (8 tahun) di skolah ACS dulu. Masuk Poem Recitation Contest, aku dapat nombor 2. Nombor 1 dak Benggali nama Balwant Kaur. Aku ingat nama die sbb poem yang die baca mase tu panjang gile. S0n0k gile la dapat kalahkan dak2 cina. Sampai sekarang aku masih hafal poem ni, tapi 1st verse je la. Yang bawah2 tu haraammm...


I have a little shadow that goes in and out with me,
And what can be the use of him is more than I can see.
He is very, very like me from the heels up to the head;
And I see him jump before me, when I jump into my bed.

The funniest thing about him is the way he likes to grow--
Not at all like proper children, which is always very slow;
For he sometimes shoots up taller like an india-rubber ball,
And he sometimes goes so little that there's none of him at all.

He hasn't got a notion of how children ought to play,
And can only make a fool of me in every sort of way.
He stays so close behind me, he's a coward you can see;
I'd think shame to stick to nursie as that shadow sticks to me!

One morning, very early, before the sun was up,
I rose and found the shining dew on every buttercup;
But my lazy little shadow, like an arrant sleepy-head,
Had stayed at home behind me and was fast asleep in bed.

aDa aPa dEnGaN CiNtA?

SAJAK ADA APA DENGAN CINTA

(Aku pun tak bape nak paham apa yang nak disampaikan, tapi aku suke sajak ni. Maybe sbb cara penyampaiannya oleh Dian Sastrowardoyo yang bersahaja dan kene dengan sajaknya)

Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Jom Bertudung!!

Waahhh..sejuk ati baca paper kosmo arini. Cte pasal pelakon fevret saya, Irma Hasmie yang dah bertudung litup selepas pulang dari Umrah bersama ibunya. Alhamdulillah semoga penampilan barunya ini berkekalan, ameenn.




Irma Hasmie ketika kemunculan pertamanya di majlis besar selepas bertudung. Sape kate bertudung tak boleh bergaya?

Sweet bebeh!! Rugi lah Nabil..


Dah ramai artis-artis dah bertudung. Orang-orang biasa kat luar tu bile lagi?

Jangan kata "belum sampai seru"..seru dah lama sampai sejak azali, awak je yang tanak sahut seruan.

Jangan kata "iman bukan terletak pada pakaian"..pada pakaianlah terpeliharanya iman.

Jangan kata "panas..tak tahan"..kat neraka lagi panas nak mati!!

Jangan kata "nak sucikan hati dulu"..cuci pkai clorox skali pun hati belum tentu suci, sucikan penampilan dulu kerana dari pakaian hati terpelihara.

Jangan kata "belum ready lagi"..Malaikat Maut kalau nak cabut nyawa tak tanya kite dulu 'dah ready ke belum?'

Jangan kata "tunggu lepas kawen"..dosa pahala bukan dihitung selepas kawen.

Jangan kata "dosa tanggung sendiri"..huisshhh..ayah kat kubur tu terseksa sbb tanggung dosa aurat awak.

Jom kita tengok pic artis-artis yang berani menyahut cabaran dan kuat menempuh dugaan.


Wardina Safiyyah



Sheila Rusly


Safura



Ramlah Ram


Noraniza Idris


Lydiawati


Liza Hanim


Ekin Mawi


Farah AF


Catriona Ross


Kak Pah (finally...alhamdulillah)


Azizah Ariffin. Selebriti TV3 pun apa kurangnya sekarang ni. Ramai dah bertudung.


Anne Hotfm


Anne Ngasri..(tapi sayang kadang-kadang bukak jugak..)


Norish (bini Raja Rock Malaysia tu...)


Amelina (Ratu Dangdut dulu tu...)

Aishah



Ziela Jalil
Ratu Dangdut, bini Raja Rock, pelakon yang sexy2 mase mude2 dlu, artis mude2 remaja sekarang semua dah berhijrah. Alhamdulillah. Semoga kita semua juga tergolong dalam golongan bertudung kerana Allah SWT. Ameenn..

Friday, March 18, 2011

Artist Without Make Up

Kenapa perlu make up?
Bila make up muke nampak cantek dan ceria, takdelah pucat je. (tu pun kalo make up kene gaya, kalo dah colourful sgt jadi mcm payung pasar malam je). Bile cantek, it'll increase our self esteem. Barulah confident nak menghadap orang ramai. Dah jadi fitrah manusia inginkan yang terbaik utk diri sendiri. Nak nmpak cantek, normal la tu, fitrah manusia.

Kenapa saya tak make up?
Bukan x make up lgsg, tp jarang-jarang. Sebulan sekali pun blum tentu. Saya akan make up bila saya rasa siku saya gatal. Saya tak make up sbb saya tak pandai make up n tak ckup masa nak make up. (dan masa tu siku saya tak gatal) Saya tak make up bukan sbb saya perasan cantek, saya taw saya nmpak pucat bile tak make up. Tapi saya rasa kurniaan Allah ini sangat indah, tiada tolok bandingnya. Siapalah saya untuk touch up wajah ciptaanNya ini. (Nway, i looks different on my wedding day...=P)

Natural is Beauty.
Jom tgk wajah artis-artis Malaysia without make up.



Ziana Zain



Akma AF



Siti Nurhaliza




Rozita Che Wan



Sazzy Falak



Misha Omar



Lisdawati



Nasha Aziz..(cantek beb!!i like her)



Ina Naim


Ni bawang merah..ape ke namenye?



Marsha AF



Fazura..(sempoi..i like her too)



Sharifah Amani



Yasmin Hani



Nurul Syuhadah


Nora Danish (confirm cantek..)


Fasha Sandha (betulke ni?)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...