Saturday, February 19, 2011

Surat Mintak Penampor

Pernah x dapat surat berantai? 1st time aku dpt surat berantai mase form 3..the last aku dpt surat berantai yg same dr fecebook.2 years ago i guess. bagi aku,ni bukan surat berantai,tp surat MINTAK PENAMPOR!! surat nye cam kt bawah ni....

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).

pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba,dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bilaberkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya...... dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalubeliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.
Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjildan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM...
WALLUHUALAM...)

Kenapa aku kate ni surat mntak penampor? Mase form 3 aku dpt surat ni,trus aku jumpe ustaz,tny pendapat..ustaz tu kate surat ni boleh buat manusia jatuh syirik kerana menduakan Allah SWT..kenape??ni jawapannye..

1.....pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW...

betul ke cte ni?mane hujung pangkal nye?sape beliau?mane buktinye?ingat senang2 ke nk mimpi jumpe Rasulullah SAW?kenapa kite mudah sgt percaya?atas dasar ape kita mempercayainya?

2....seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya...

adakah saudagar dari Bombay ni mendapat keuntungan yg besar disebabkan dia membuat 20 salinan..atau kerana rezeki dari Allah SWT?hello..com'on la,rezeki tu kan ketentuan Allah SWT,bkn ketentuan surat tu.kalo die tak buat salinan pun, Allah tetap akan bg keuntungan pd dia kerana rezeki masing2 dah dtentukan olehNya.kalo dia buat 20 salinan dan dah ditentukan Allah SWT dia akan mengalami kerugian,dia tetap akan rugi jgk.semua ni kebetulan je..

3....seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya...... dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia....

alasan di atas ni lg gile!!gile!!kita semua sedar bahawa ajal maut jodoh pertemuan di tgn Allah SWT.semua Allah yg tentukan.kalo hamba Allah ni buat 200 salinan sekali pun, anaknya TETAP akan mati krn ajalnya sudah smpai.semua adalah kebetulan..KAMU TAKKAN BOELH LARI DARI AJAL AWALAUPUN KAMU BOLEH TERBANG SETINGGI ANGKASA!!

4....di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya...

Sape2 yg nak bini cantek bleh la g kedai fotostat,fotostat 20 keping surat ni.pastu bergegas la pula ke pos opis mengepos kepada rakan2 taulan.hahahaha..merepek!!mamat tu dapat bini cantek dan baik bkn sbb surat ni,tp itu adalah ketentuan Allah SWT. Datuk K tu takde pun pos surat merepek ni,dpt je bini cantek si Siti Nurhaliza. Engku Emran pun takde mase nk mengepos surat2 ceni, tp dpt je bini Erra Fazira.

nak komen byk2 mmg tak larat.tp bile kita percaya dgn mengepos surat2 ni kita dpt keuntungan yg besar, jodoh yg diimpikan, kenaikan pangkat, dan sebagainya maka kita TELAHPUN MENDUAKAN ALLAH SWT. sbb kslame ni kita pcaya bahawa ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah, tp tetibe kita pcaya bahawa sbb surat ni kita dapat semua yg kita impikan.kenapa?jadi berhati2lah..jgn mudah terpedaya dgn tipu muslihat Org untuk melalaikan kita.

Kalo ada ape2 perkara berkaitan agama, lebih2 lagi tentang sesuatu yg kita sendiri tak pasti, cepat2lah merujuk kepada ustaz2 dan fakta2 yang melambak2 di internet. jgn pandai2 sndri ok..
klik sini-->
Wallahu'alam bi sawab..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...