Monday, February 21, 2011

Refleksologi FREE!!


Sebulan sebelum perut aku dibelah2, aku pernah mendapatkan khidmat urut refleksologi. Tu pun di bayar oleh kawan aku Cik Siti Hawa, RM40 utk sejam. Sbb dia kesian tgk kesihatan aku yg semakin merosot. mase tu aku taktaw lg ade 'sesuatu' dlm perut aku.
1st time pergi berurut tu mmg sodap, rase cam nak tido berdengkur kuat2 dlm tempat tu. Tp 5 minit pastu die punya sakit mcm aku nak melalak2 dlm tempat yg same.

Si pengurut warga China, bos nye pulak tah kemana. yang sadisnya dia tak tahu berbahasa Inggeris, apatah lagi berbahasa Ibunda aku. cane aku nk gtaw yg aku SAKKEEETTT?!! aku cube bahasa Ibunda kawan aku.."aiyak leng loi..how thong arrr!!" baru la dia slow sket.siap sengih2 lg kat aku.
Lepas tu aku tak pegi lagi, smpai skrg. Bukan sbb sakit yang terlampau bile diurut, tp sbb aku dpt info menarik tentang refleksologi. Rupa-rupanya, setiap ari 5 kali aku sudah pun berefleksologi.




Ini bukanlah gambar seni atau contoh corak berinai untuk bakal pengantin, tp gambar ORGAN-ORGAN yang uratnya bersambung dengan tapak kaki kita.



Ini penerangan yang mungkin lebih terang
walaupun blur sket..



Dalam setiap solat Fardhu, kita perlu tahiyat awal dan akhir. Duduk ketika tahiyat pula dengan duduk di atas kaki kiri dan tegakkan kaki kanan dengan menekan kesemua jari kaki. So mase tu lah kita mendapat tekanan refleksologi di bahagian brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands dan etc mcm dlm pic kt atas ni.


Ini gambar duduk tahiyat awal dan akhir dalam setiap solat. Tegakkan kaki kanan dan tekan semua jari kaki kanan ke lantai.

Jadi secara keseluruhannya orang Islam yang mendirikan solat 5 kali sehari semalam telahpun menjalani proses refleksologi setiap hari. Yang penting solat kene betul caranya, jangan main sebat je. Setiap pergerakan dalam solat tu ada rahsia tersembunyi. Islam itu sempurna.
Tak perlu menghabiskan duit lagi ke pusat2 refleksologi. Kerjakan solat, pahala dapat, refleksologi pun dapat, berjimat pun dapat.
Renung2kan dan slamat beramal...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...