Monday, February 28, 2011

Saman 3T

Di saat ini, suami kesayangan saya sedang beratur menunggu gilliran untuk membayar saman ekor. Ekor kereta kami telah disaman ketika kami dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, 3 ari sebelum menjelang hari pernikahan.

Menurut sms yang baru saya terima, sang suami perlu menunggu 363 org lagi untuk smpai gilirannya. Bersabarlah melayan kerenah 'dia'.

4 ari lepas, ketika kami berbincang mengenai saman, suami sedikit merungut. (sbnrnye sgt-sgt merungut). Katanya sistem saman ekor x adil krn si pesalah jalan raya tak diberi peluang untuk membela diri.

Contohnya murid yang buku latihannya hangus dlm kebakaran rumahnya, dimarahi guru kerana gagal mengemukakan kerja rumah, tanpa usul-periksa.

Suami bercerita mengenai konsep saman 3T yang dipraktikkan sekitar thn 1990an. Tun Mahathir sendiri yang memperkenalkan saman ekor tetapi tidak sampai tahap menyenarai hitamkan pemandu Malaysia.

APA ITU SAMAN 3T?

-Tembak
-Tahan
-Tulis saman

-Pemandu yang memandu melebihi had laju akan dikesan.
-Kemudian ditahan selepas 2 kilometer dari tempat kejadian.
-Seterusnya saman akan diberi dan ditanda tangani oleh pesalah.

Teringat mase zaman childhood saya. Pakcik memandu dari KL ke Perak. Kami ditahan polis kemudian pakcik sempat membela diri dan menerangkan bahawa beliau memandu laju kerana hal kecemasan di kampung. Atas budi bicara pak polisi, pakcik terlepas dari saman selepas berkali-kali memohon maaf dan berjanji untuk lebih patuh pada masa kan datang. Ini baru ADIL!!

Jika konsep saman 3T terus diamalkan, pasti ramai yg tidak merungut. Sekurang-kurangnya saman yang dikenakan on d spot selepas kesalahan dilakukan. Tidaklah selepas beberapa bulan atau mungkin setahun,manusia kan mudah lupa.

Adil juga kepada pemilik kereta yang disaman atas kesalahan org lain. Maksudnya orang lain yg pandu laju2, org lain yang kene saman. So bile polis tahan, saman diberikan atas nama pemegang lesen pemandu, bukan pemilik kenderaaan. Bukan semua pemandu memandu kereta sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...