Tuesday, February 22, 2011

Doa Ketika Ayam Berkokok

101 DOA daripada HADIS-HADIS SHAHIH
By,
Zahazan Mohamed

Publisher,
Telaga Biru

Best buku nih, ayat mudah dan senang paham. Banyak gak info-info yg menarik.
Antara yang menarik untuk saya kongsi..

From page11-12

Riwayat Ahmad, Ibnu NAjah dan lain-lain, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya : 'Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa'

'Bagaimana doa boleh mengubah Qadak sedangkan Qadak sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi? ketahuilah sesungguhnya antara Qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdoa.'

From page 22-23

Allah S.W.T menerima permohonan yang kita panjatkan dalam tiga cara iaitu:

Pertama: Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
Kedua: Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
Ketiha: Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

From page 55

Waktu-waktu mustajab doa.

Ketika ayam berkokok. Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: 'Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya, kerana ayam itu melihat malaikat'

hmm..dats y la doa tu senjata umat Islam kan..

Selain tu, menurut penulis, kita juga boleh berdoa ketika hujan lebat. Sbb hujan tu kan rahmat, jadi langit sedang terbuka luas. Eloklah kita berdoa waktu tu,jgn sedap2 nk tido je. Dan panjatkanlah doa di antara waktu azan n iqomat. Waktu tu juga langit sedang terbuka luas. Wallahualam..

Pasni bleh la try cari n beli buku ni. Confirm x rugi..aku pun nak beli sbb buku yg ade ni aku pinjam kat makcik sebelah umah...huhuhu..pinjam reti bagi blk tak ingat..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...