Monday, February 28, 2011

Mengiklankan bisnes atau membisneskan iklan?

Mengiklankan bisnes atau membisneskan iklan. Mane lagi untung? Kadang-kadang saya rasa bisnes iklan lebih menguntungkan. Lagi banyak bisnes untuk diiklankan, lagi banyak bisnes masyuk untuk si pengiklan.

Iklan pulak dah terkira tempat n masanya. Medium seperti TV, radio n internet dah biasa kita tgk. Yang tak bestnya sekarang bile kita dah x dapat nk tgk bangunan-bangunan sbb bangunan sendiri dah dibalut dengan iklan.

Termasuk la tiang-tiang letrik yang dicabul oleh iklan-iklan haram oleh Along Haram. Mencemarkan pandangan je.

Tapi mmg cantik dan sejuk mata bila memandang tiang-tiang yang menampung landasan monorail ditampal iklan. Lebih-lebih lagi yang kreatif n lain drpd yang lain. Kalau menghadap jem, bleh la cuci2 mata tgk iklan2 tu.

Pernah jgk saya masuk tandas awam yang pintunya ditampal iklan. Bukan pintu yg diluar, tp di dalam. Ketinggian iklan ditampal sama rendah bila kita mencangkung untuk menjalankan 'misi' di dalam tandas. So takdela bosan atau tertekan ketika 'misi' sedang dijalankan. Sekurang-kurangnya ada juga info yang masuk. Boleh ke?

Jarang kita tgk gerabak-gerabak LRT or monorail yg 'bogel' kan? semuanya sbb dah dibalut dengan iklan-iklan. Ok je..best tgk kenderaan-kenderaan awam yg dibalut dengan iklan. Tp lagi best yg pic-pic kat bawah ni. Rasenye kat Malaysia blum ade lg kan?



















Saman 3T

Di saat ini, suami kesayangan saya sedang beratur menunggu gilliran untuk membayar saman ekor. Ekor kereta kami telah disaman ketika kami dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, 3 ari sebelum menjelang hari pernikahan.

Menurut sms yang baru saya terima, sang suami perlu menunggu 363 org lagi untuk smpai gilirannya. Bersabarlah melayan kerenah 'dia'.

4 ari lepas, ketika kami berbincang mengenai saman, suami sedikit merungut. (sbnrnye sgt-sgt merungut). Katanya sistem saman ekor x adil krn si pesalah jalan raya tak diberi peluang untuk membela diri.

Contohnya murid yang buku latihannya hangus dlm kebakaran rumahnya, dimarahi guru kerana gagal mengemukakan kerja rumah, tanpa usul-periksa.

Suami bercerita mengenai konsep saman 3T yang dipraktikkan sekitar thn 1990an. Tun Mahathir sendiri yang memperkenalkan saman ekor tetapi tidak sampai tahap menyenarai hitamkan pemandu Malaysia.

APA ITU SAMAN 3T?

-Tembak
-Tahan
-Tulis saman

-Pemandu yang memandu melebihi had laju akan dikesan.
-Kemudian ditahan selepas 2 kilometer dari tempat kejadian.
-Seterusnya saman akan diberi dan ditanda tangani oleh pesalah.

Teringat mase zaman childhood saya. Pakcik memandu dari KL ke Perak. Kami ditahan polis kemudian pakcik sempat membela diri dan menerangkan bahawa beliau memandu laju kerana hal kecemasan di kampung. Atas budi bicara pak polisi, pakcik terlepas dari saman selepas berkali-kali memohon maaf dan berjanji untuk lebih patuh pada masa kan datang. Ini baru ADIL!!

Jika konsep saman 3T terus diamalkan, pasti ramai yg tidak merungut. Sekurang-kurangnya saman yang dikenakan on d spot selepas kesalahan dilakukan. Tidaklah selepas beberapa bulan atau mungkin setahun,manusia kan mudah lupa.

Adil juga kepada pemilik kereta yang disaman atas kesalahan org lain. Maksudnya orang lain yg pandu laju2, org lain yang kene saman. So bile polis tahan, saman diberikan atas nama pemegang lesen pemandu, bukan pemilik kenderaaan. Bukan semua pemandu memandu kereta sendiri.

Bahaya ke epal?

Makan buah-buahan mmg elok utk kesihatan. Mengajar anak2 makan buah-buahan patut diamalkan. Tapi hati-hati, cuci buah-buahan yg dibeli bersih-bersih terutamanya buah-buahan import. Contohnya epal. Epal yang diimport biasanya coated with WAX bertujuan untuk preservation b4 disimpan dalam peti sejuk. WAX juga digunakan untuk prevent drpd buah-buahan tu terkena jgkitan bacteria. Dats y it looks fresh but dear its not as good as we thought..Hmm..tujuan dah elok, tp tak elok untuk kite makan WAX tu. Sama macam makan lilin kot..So b4 makan epal, kene kikis2 dulu k..








Try la bli epal..yg mahal ke,yg murah ke same je. Kalo dikikis dgn pisau mst kuar WAX ni.


Friday, February 25, 2011

kegilaan yang menggila

Sekumpulan budak terencat akal sengaja suh kawan dorg..pompan okay..berbaring di bawah keretapi yang sedang melalui satu landasan. Bukan cubaan bunuh diri, tp cubaan membuktikan kebodohan diri..tahniah..
Bagi 5 juta RM pun belum tentu aku nak buat benda bodoh ni..



























Teater Muzikal Lat Budak Kampung

Datuk Mohammad Nor Khalid atau nama komersilnya LAT mmg sy minati..sgt2 minat. Buku n komik2 beliau adlh peneman saya sepanjang saya menjalani kimoterapi. Mungkin lawak ‘berisi’ beliau adlh salah satu terapi untuk menaikkan semangat saya selepas menjalani kimoterapi.

Saya seorang yg tidak gemar membaca novel krn saya tidak suka membaca imaginasi orang lain unless novel tu based on true story. I prefer reading material of facts or motivational books yg dah sah2 bukan penipu. Kenapa saya suka baca hasil karya Datuk Lat? Hanya mereka yang pernah membaca dan pandai menghargai sesuatu karya yang boleh mentafsirkan kegemaran saya ini.


Antara buku2 hasil karya Lat yang menjadi koleksi saya..(byk lagi tp x daya nak upload)













Karya n komik Datuk Lat bukan sebarangan. Lawak beliau berisi. Bukan sahaja penuh dengan pengajaran, malah sarat dengan informasi. Informasi tentang Malaysia, bangsa-bangsa di Malaysia dan macam2 lg. So no wonderla beliau memperolehi title Datuk krn berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia hanya melalui komik.

Bermula 16 March hingga 3 April, satu pementasan Teater Muzikal Lat Kampung Boy bakal dilangsungkan di Istana Budaya. Pengarah teater Hans Isaac n Harith Iskander. Mereka berada di Ipoh (kediaman Datuk Lat) selama 3 ari utk buat research. Kemudian skrip dikaji dengan lebih lanjut oleh Mamat Khalid, iaitu adik kandung Datuk Lat n Adlin Aman RAmli. Yang best watak Lat dipegang oleh Awie..weee I like him..I AM MADLY WISH 2 ATTEND IT!!plz Mr. Hubby..

Sape2 yg berminat n nak pergi, sila lah belanja saya. Tiket boleh dibeli melalui http://ticket2u.biz/


AirAsia mendekorasikan 2 drpd pesawat mereka dengan sentuhan Lat sebagai tribut.

Wednesday, February 23, 2011

Mulut Baby-Baby Zaman Sekarang

.CUTE.LAWAK.KESIAN.



















Cara Baginda Bergurau Dengan Anak-anak

Sabda Rasulullah SAW, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

Masuk kandang kambing, mengembek. Kalo join budak-budak, jadilah mcm budak2. Begitu cara Rasulullah SAW mengajar kita. Tp bapa2 skrg bergurau dengan anak perempuan x ubah mcm bergurau dgn bini. Ada yg smpai dpt cucu merangkap ‘anak’. Ibu2 pulak bergurau sampai tahap campak-campak anak dr tgkat enam umah flat. Dia nak anak die bergelak ketawa di syurga agaknya.

Kalau anak buat salah, pukullah, jgn x pukul. Kalau x pukul, dia naik kepala. Pukul di tapak kakinya. Korang paham tak pukul, bkn belasah smpai tempang anak tu.

Orang2 tua skrg rancak bercerita tentang kebiadaban anak-anak zaman skrg. Budak2 skrg kurang ajar, ske membuli, x hormat orang tua n bla..bla..bla..Tgk la pulak perangai orang-orang ‘diatas’ mereka. Silap sikit, maki-hamun. Salah sikit, belasah. Kete calar sikit, bertumbuk di tepi jalan. Salesman tegur sikit dah mencarut2.

Don’t expect people to respect u when u never tries to respect others.


Tuesday, February 22, 2011

Doa Ketika Ayam Berkokok

101 DOA daripada HADIS-HADIS SHAHIH
By,
Zahazan Mohamed

Publisher,
Telaga Biru

Best buku nih, ayat mudah dan senang paham. Banyak gak info-info yg menarik.
Antara yang menarik untuk saya kongsi..

From page11-12

Riwayat Ahmad, Ibnu NAjah dan lain-lain, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya : 'Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa'

'Bagaimana doa boleh mengubah Qadak sedangkan Qadak sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi? ketahuilah sesungguhnya antara Qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdoa.'

From page 22-23

Allah S.W.T menerima permohonan yang kita panjatkan dalam tiga cara iaitu:

Pertama: Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
Kedua: Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
Ketiha: Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

From page 55

Waktu-waktu mustajab doa.

Ketika ayam berkokok. Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: 'Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya, kerana ayam itu melihat malaikat'

hmm..dats y la doa tu senjata umat Islam kan..

Selain tu, menurut penulis, kita juga boleh berdoa ketika hujan lebat. Sbb hujan tu kan rahmat, jadi langit sedang terbuka luas. Eloklah kita berdoa waktu tu,jgn sedap2 nk tido je. Dan panjatkanlah doa di antara waktu azan n iqomat. Waktu tu juga langit sedang terbuka luas. Wallahualam..

Pasni bleh la try cari n beli buku ni. Confirm x rugi..aku pun nak beli sbb buku yg ade ni aku pinjam kat makcik sebelah umah...huhuhu..pinjam reti bagi blk tak ingat..

kupotongkukukukumpulpahala

Islam tu indah..terlalu indah. Senyum pun diangkat sebagai 1 pahala. Bukan susah nk kumpul pahala, aku je kerap terlupa. Potong kuku..aku potong kuku sbb rase kotor bile nk makan guna tangan. Aku rugi..apa salahnya bila potong kuku aku niatkan kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, insyaAllah dpt pahala. Potong pulak mengikut cara Baginda SAW, dapat lg pahala. Senang kan nak kumpul pahala..jom kita sama2 collect pahala..







RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Monday, February 21, 2011

Koc Untuk Wanita

Sejak memiliki Cik Bibah Putih 850 cc ni, jarang sekali aku naik LRT..ceewaaahhh!! Dlu2 mase mude remaja, sebut je mane destinasi nye, bape harga tiketnye, semua aku taw, dah mengalahkan Kak Bedah yg jga kaunter tiket LRT tu.

Naik LRT yg x syok nye time menunggu n berebut nak masuk. Susah nak cte,kalo nk aku cte jgk kene buat 1 seminar kot. Tp yg paling semputnye bile terpaksa cium bau ketiak pelbagai bangsa. Tu menandakan Malaysia ni multi racial country...ok aku bangga!!tp aku lgsg x bangga bile kene cium bau ketiak 2nd class foreigner kt Malaysia ni. Takyahlah aku senaraikan bangsa2nye d cni,takut blk kang kete aku kene simbah cat merah.





Sekarang dah ade koc KHAS UNTUK WANITA. aku blum bkesempatan nak merasa lg,so aku pun try roger encek google gambar2 koc wanita..nah hamek kau dla!!






Tak seindah yang disangka. Name je koc untuk wanita tp ade jgk manusia yang x paham bahasa. Tampal la sign sebesar alam skali pun dorg tetap x phm yg koc tu untuk wanita sahaja. Even taktaw membaca skali pun, kan dah ade simbol pompan pkai skirt. Ape die rase ari tersebut die pkai skirt ke?




Walaupun ko kerja berat angkat batu bata 5 kontena, x tido selama 3 ari 3 malam, baru balik kenduri kawen 7 tempat skali jalan, untuk apa2 alasan skalipun..koc wanita tetap koc untuk wanita. Jangan nak buat2 tido mcm mereka2 ni..konon-konon penatla tu smpai x pasan ternaik koc wanita.
boleh tak..?


Buatla muka comel cane pun, anda takkan ditimang2 kalo anda seorang lelaki yg berada di dalam koc wanita. tidak sama sekali ataupun 2 kali..

Tolonglah hormati hak wanita. Perlu ada lebih penguatkuasaan dan tindakan terhadap lelaki2 terutamanya warga2 asing yg suke mencemarkan kemudahan n keindahan Malaysia ni.
---> Lepas ni wujudkan pula gerabak utk si ketiak masam. Agak2 ketiak bau cam longkang kat blkg kantin skolah, sila lah masuk gerabak khas tu. Tp sape yg nak ngaku ketiak nye masam??

Refleksologi FREE!!


Sebulan sebelum perut aku dibelah2, aku pernah mendapatkan khidmat urut refleksologi. Tu pun di bayar oleh kawan aku Cik Siti Hawa, RM40 utk sejam. Sbb dia kesian tgk kesihatan aku yg semakin merosot. mase tu aku taktaw lg ade 'sesuatu' dlm perut aku.
1st time pergi berurut tu mmg sodap, rase cam nak tido berdengkur kuat2 dlm tempat tu. Tp 5 minit pastu die punya sakit mcm aku nak melalak2 dlm tempat yg same.

Si pengurut warga China, bos nye pulak tah kemana. yang sadisnya dia tak tahu berbahasa Inggeris, apatah lagi berbahasa Ibunda aku. cane aku nk gtaw yg aku SAKKEEETTT?!! aku cube bahasa Ibunda kawan aku.."aiyak leng loi..how thong arrr!!" baru la dia slow sket.siap sengih2 lg kat aku.
Lepas tu aku tak pegi lagi, smpai skrg. Bukan sbb sakit yang terlampau bile diurut, tp sbb aku dpt info menarik tentang refleksologi. Rupa-rupanya, setiap ari 5 kali aku sudah pun berefleksologi.




Ini bukanlah gambar seni atau contoh corak berinai untuk bakal pengantin, tp gambar ORGAN-ORGAN yang uratnya bersambung dengan tapak kaki kita.



Ini penerangan yang mungkin lebih terang
walaupun blur sket..



Dalam setiap solat Fardhu, kita perlu tahiyat awal dan akhir. Duduk ketika tahiyat pula dengan duduk di atas kaki kiri dan tegakkan kaki kanan dengan menekan kesemua jari kaki. So mase tu lah kita mendapat tekanan refleksologi di bahagian brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands dan etc mcm dlm pic kt atas ni.


Ini gambar duduk tahiyat awal dan akhir dalam setiap solat. Tegakkan kaki kanan dan tekan semua jari kaki kanan ke lantai.

Jadi secara keseluruhannya orang Islam yang mendirikan solat 5 kali sehari semalam telahpun menjalani proses refleksologi setiap hari. Yang penting solat kene betul caranya, jangan main sebat je. Setiap pergerakan dalam solat tu ada rahsia tersembunyi. Islam itu sempurna.
Tak perlu menghabiskan duit lagi ke pusat2 refleksologi. Kerjakan solat, pahala dapat, refleksologi pun dapat, berjimat pun dapat.
Renung2kan dan slamat beramal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...