Tuesday, July 8, 2014

Cermin Diri

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Hari  ni masuk 10 Ramadhan.
Alhamdulillah masih berpuasa.

Bulan Ramadhan masing-masing kejar pahala.
Mana-mana yang masih mengumpat,
masih tak cukup solat,
masih berburuk sangka,
masih mudah melenting,
masih negatif,
sedarlah bahawa itulah sifat buruk kita.
Saiton dah kena ikat.
Perangai buruk tu tak lain tak bukan nafsu sendiri
yang dah sebati dengan bisikan saiton.
Time ni lah nak muhasabah diri, cermin diri.
*jangan risau, aku type depan cermin ni.

Wednesday, June 18, 2014

Ali Athauri : Anak Ajaib Bonda

Assalamualaikum.
Ingat tak cerita anak teruna saya Ali Athauri?
Kalau tak ingat boleh baca kat sini, sini dan sini

Ni ada update pasal Ali

Ali Athauri sekarang dah dua tahun.
Stay dengan family angkat di Machang.
Semoga Allah terus melindungi anak ajaib ini.
Bonda doakan Ali sentiasa sihat sejahtera.

Aku ada dua orang anak dara,
tapi orang tak tahu aku ada seorang anak terruna yang semakin membesar.
Walaupun susu yang mengalir dalam badan Ali
tak sampai 5 kali kenyang.
Tapi Ali tetap anak Bonda.

Tuesday, June 3, 2014

Cik Yong oh Cik Yong!!

Assalamualaikum.

Currently mood aku mula menggila.
Tak sabar nak balik.
Aku rindu anak-anak dara aku.

Ni cerita lama yang baru nak update.
CikYong's Birthday Celebration.
Sorry la tak ajak korang semua.
Aku bajet utk 20 orang je.
Jemput adik-beradik aku n sepupu-sepapat CikYong.

Maklumlah..teringin nak celebrate kat luar.
Bajet pulak yang bedah-bedah jeeee...
Nak jugak kannn?? Hameklahh..

Actually first plan  nak celebrate kat McD.
Sebab celebration ni bukan nak seronokkan orang tua,
tapi nak melayan budak-budak je.
Tapiiii...kita kan boikot McD.
So bertukarlah ke OldTown.
Sebelum ke OldTown,
singgah Secret Recipe booking kek.
Tengah booking terpandang menu ni..


 Hah tengok Set A tu murah kan.
Starter + Main Dish + Drinks
So aku n Paan pun decided buat kat Secret je.

Ni antara jemputan. Adik-beradik aku n ipar-duai bersama anak masing2.

Kek simple sangat sebab plan last minute.

Ce tengok atas meja. Menu semua sama je kan??

Adik..kek tu memang untuk ditonton je.

Last year tema  putih, this year tema hitam pulak.



With their sugar daddy

Cik Yong dan tangan Saloma


Haaa..itulah rahsianya.
Kitorang ambik Set Dinner promo je.
Kalau lunch lagi murah taw..
Tak silap aku RM17.90
Sekian laporan.

futnut: Sbnrnya sebab aku cuti pantang, gaji tak berusik. Belagak gile!! Sekarang ni aku dah mula kerja balik, makan biskut marjerin je.

Surah al-Kahfi Hilang

Assalamualaikum.

Last week aku pergi ceramah Ustaz Don.
Aku rasa aku ni macam bertuah jugaklah
sebab dah dua kali aku TERPILIH pergi ceramah Ustaz Don.
Last year anjuran JPM,
this year anjuran jabatan aku.
Jabatan AKU..
* ke sebab aku ni saitan sgt mmg wajib dihantar ke Ustaz Don?

Last year cerita pasal Rasulullah saw.
Last week cerita pasal al-Quran.
Banyak isinya.
Tapi ini isi yang aku rasa sangat penting aku nak share dgn kome.
Kome tetibe..
Pasal surah al-Kahfi.
Lately ni..
siapa pun penceramahnya, 
apa jua tajuk ceramah, bila, dimana, 
mesti tekankan pasal surah al-Kahfi.
Kenapa? Kenapa?
Silalah berasa rugi dan lembab kalau taktaw kenapa..
Semua Ustaz atau Ustazah pesan 
BACA 10 AYAT PERTAMA DAN 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI.
Amalkan setiap hari.

Hari ini mungkin kita rasa dah cukup bersedia berhadapan dengan DAJJAL.
Sebab baru semalam habis baca kitab pasal Dajjal.
Atau dah tiga kali khatam mengenai Dajjal 
yang bermata satu, berambut kerinting, bla..bla..bla..
Tapi bila tiba masanya..
kalau diletakkan Dajjal n Nabi Isa a.s kat depan kita,
jangan terkejut kalau Nabi Isa a.s kita katakan Dajal.
Jangan terkejut kalau Ustaz yang selama ni jadi tempat merujuk,
juga menyangkakan Dajal itu Nabi Isa a.s.
Inilah yang dikatakaan FITNAH DAJJAL.

Kome tak takot ke?
Tak cukup takut?

Kome taw tak pasal al-Quran hilang?
Ayat al-Quran hilang adalah salah satu tanda-tanda kiamat.
Itu tanda-tanda Dajjal nak maiii..

Ada sorang Ustaz dalam ceramahnya bagitaw,
ada seorang lelaki ni,
setiap kali ada berita tentang ayat Quran hilang
dia mesti berkejar pergi tempat tu.
Boleh dikatakan seluruh Malaysia.
Asal ada je berita ayat al-Quran hilang dia pergi.
Dan dia mendapati ayat al-Quran yang hilang tu
mesti dari surah al-Kahfi.

Ini laporan oh!Media 2 Jun 2014
Ustaz tadi ni pun cerita la dalam ceramah dia pasal
lelaki yang pergi tengok Quran hilang ni.
Dalam dia bercerita tetiba,
datang sorang pakcik..
"Ustaz, pakcik dah lama simpan Quran ni"
sambil Pakcik ni keluarkan satu Quran kecik dari dalam poket baju dia.
Dua helai ayat al-Quran hilang.
Surah al-Kahfi.

Maksud al-Kahfi ni Gua. (Cave)
Gua gelap kan?
Macam tu lah kita nanti.
Bila Dajjal datang kita semua dalam kegelapan.
Dapat merasa dengan tangan, kenal melalui suara.
Tapi tidak melalui mata kasar.

Aku tak taw korang takut ke tak pasal cerita ni?
Aku dah naik bulu roma.
Kalau ada yang rasa nak cari al-Quran sekarang, alhamdulillah.
Kalau ada yang sekadar takut dan
boleh buat relax sambung baca blog lain,
aku doakan jangan sampai bintik hitam penuh satu hati.

Monday, June 2, 2014

Bekam...Bukan Tukar Darah

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak meluahkan kekecewaan yang dahsyat.
Isu DNA Babi yang dikesan dalam Cadbury.
Cerita lama, tapi kesannya sampai sekarang.
Maybe terbawak-bawak sampai bila-bila.

Duluu...bila aku taw je aku pregnant,
aku mula amalkan kurma,kismis.
Sejak anak dilahirkan,
aku suapkan dengan susu dari Allah.
Bertungkus-lumuslah aku yang lemah ni
sediakan susu secukupnya untuk anak-anak.
Bila anak dah mula boleh makan,
aku masuk group itu, masuk group ini.
Semata-mata nak belajar buat puree n makanan
yang terbaik utk anak-anak.
Start kerja aku bangun awal nak masakkan untuk anak-anak aku.
Berusahalah aku tak masukkan aji, kiub ke apekemenda.
Semuanya asli.

Tetiba..
CADBURY ADA BABI.
Deyyy...vavidollll!!
Bengangnya aku.
Bangangnya mereka.
Aku peminat tegar coklat kot.
Tambah-tambah coklat cadbury.
Tension..tension..
Masa pregnant, dah berjongkong2 Cadbury masuk dlm perut aku ni.
ARggghhhh...nangisss!!!
Dapat anak pun kaki coklat macam maknya.
Boleh teka tak??
Iyee...anak aku pun dah jenuh makan Cadbury.
Jahat..jahat...
Jahatlah mereka yang menganiaya kami!!

Dah tu ada pulak yang suruh tukar darah.
Lagi sedih..banyak sangat termakan makanan yang ada dna babi,
tulah pemikiran jadi cenggitu.
Habis Mualaf tu cane pulak??
Takkan kena tukar daging??

I think i got their point,
tapi dorang taktaw cara nak menyampaikan.
Instead of tukar darah, better ko suggest buat bekam.
Bekam ni cara Rasulullah saw.
Sunnah Rasulullah saw utk buang darah  kotor dan segala macam penyakit.

Bekam kasi botak kepala??
Bekam bahaya??
Eh biasalah tu adik-adik..
Kalau amalan atau sunnah Rasulullah saw tu memang banyak tapiiii...
Memang banyak sangat yang tak kena.
Memang itu yang dorang nak set dalam palotak kita.
Supaya sunnah Rasulullah saw dilupakan,
dan makan cadvavi banyak2.
Itu memang motip!!

So daripada korang pening cane nak tukar darah,
baiklah kita berbekam.
Aku  ni macam biasalah.
Kalau bagi nasihat super hebat.
Aritu aku dah panggil akak bekam datang rumah
tolong bekamkan ahli keluarga aku.
Tapi buat masa sekarang aku belum boleh berbekam
sebab hb aku low, darah cair, low bp n bf.
Nanti kalau aku dah kuat, aku pun akan berbekam.
InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...